WTF
Minta Dipeluk Ketika Suami Mengaji Al-Quran, Isteri Dikecam Tak Sopan

Bagi pasangan yang telah mendirikan rumah tangga, sudah menjadi kebiasaan apabila isteri mahukan perhatian dan belaian kasih sayang daripada suami. Pantang ada waktu ‘free’, mesti luangkan masa bersama dengan sebaiknya!
Namun, agak berbeza dengan situasi seorang wanita di Indonesia ini apabila menyatakan hasrat mahu dipeluk oleh suaminya walaupun lelaki tersebut sedang khusyuk mengaji al-Quran.
Menerusi sebuah video di akaun TikTok @habibiedanayitanpanun, wanita tersebut sengaja melakukan ‘prank’ kerana ingin melihat reaksi suaminya dimana seolah-olah mahu menguji tahap cinta mereka.
Tengah mengaji, minta dipeluk
@habibiedanayitanpanun Lagi ngaji, eh minta peluk #fyp #prankchallenge #suamibahagia #suamiistri #suamiistriromantis
Kamera disorok si isteri telah merakam aksi suaminya yang sedang menunaikan solat sebelum duduk di atas sejadah dan mula membaca surah pilihan dengan fokus.
Agak2 dia marah tak…
Tidak lama selepas itu, wanita berkenaan mendekati suaminya sebelum lelaki tersebut bertindak memeluk erat isterinya dan sambil meneruskan bacaan al-Quran.
“Suami rajin mengaji, kadang-kadang suka betulkan bacaan kalau ada yang salah,” tulisnya.
Rakaman video itu mendapat 2.6 juta tontonan dan hampir 9,000 reaksi warganet dimana rata-rata mempersoalkan sekiranya melibatkan sentuhan antara suami isteri yang boleh membatalkan wuduk.
Bagaimanapun, ada juga segelintir individu menegur pasangan tersebut supaya jangan terlalu mempamerkan kemesraan kepada khalayak umum, bimbang sifat malu akan hilang dalam diri.
Sumber: TikTok @habibiedanayitanpanun

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit