Connect with us

Inspirasi

Miliki Wajah Kurang Sempurna, Wanita Tampil Yakin Selepas Disolek Masa Kahwin

Bak kata orang, cinta tidak mengenal paras rupa. Kalau hati sudah jatuh cinta, kekurangan fizikal bukan ukuran sebaliknya tahap kesetiaan dalam menjalani rumah tangga.

Tular di aplikasi TikTok mengenai satu video memaparkan seorang wanita di Indonesia yang mengalami kecacatan fizikal pada bahagian wajahnya sejak beberapa tahun lepas.

https://www.tiktok.com/@koko_vania/video/6919022298531908866?_d=secCgYIASAHKAESMgow6WqBruBJQH7okYoWueG9JgHZ4vS8tUzWi%2Fk2PUczecLJQsdVNXIORvShWisXD3alGgA%3D&language=en&mid=6918616045683018497&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAiaEoIvCKdJ0qg5DYSeX_aNY3lx6wMUtzHQQrL4hgvcmNQsbA4iW1TKHDtmrc3CZw&share_item_id=6919022298531908866&share_link_id=16CE3147-0539-4E97-B448-F624B7A9CDCD&timestamp=1611047551&tt_from=whatsapp&u_code=d60f40a2ke7a55&user_id=6684589088522109953&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=whatsapp&source=h5_t

Video dimuat naik oleh pengguna @koko_vania itu memaparkan dia sedang melakukan solekan untuk wanita tersebut yang dikenali sebagai Ayu sebelum melangsungkan majlis perkahwinan.

Difahamkan, mereka berdua adalah rakan baik sewaktu di bangku sekolah dan kecacatan dialami itu dipercayai akibat terkena enjin bot tidak lama dahulu.

Hari persandingan

@ayuqua13

#zoommyface #fypシ #foryoupage #fypindonesia #fypgakni #fypdongggggggg #foryoupageofficiall #fyppage #fyp #nikahmuda #nikah nikah

♬ Pipipi Calon Mantu (Remix) – DJ Opus

Tidak melepaskan peluang, Ayu juga berkongsi video bersama suaminya yang sedang bersanding di atas pelamin. Hasil solekan itu amat cantik sekali gus mampu menaikkan seri wajah di hari bahagia mereka.

Tidak dinafikan juga, riak wajah yang gembira itu dapat dilihat kerana akhirnya dia menemui lelaki yang sanggup menerima kekurangan dirinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya tidak melepaskan peluang untuk memuji rupa parasnya yang cantik dan unik itu.

MasyaAllah cantiknya

Moga bahagia selalu

Lelaki yang sejati sanggup terima apa sahaja

Cantik di mata lelaki yang benar!

Selain itu, menjengah ke akaun TikTok miliknya, Ayu juga memiliki suara merdu dimana sering memuat naik video nyanyiannya. MasyaAllah, semoga Allah merahmati perkahwinan yang dibina.

Sumber: TikTok Koko Vania & Ayuuu_

Continue Reading
Advertisement

Trending