Connect with us

Sponsored Content

Miliki Vivo V15 edisi terhad ini dan dapatkan baucar eksklusif SimplySiti

Rata-rata rakyat Malaysia gemar memilih negara seperti Jepun atau Korea sebagai destinasi percutian kerana pemandangannya yang indah, terutamanya pada musim bunga.

Musim bunga menjadi pilihan ramai ekoran cuaca yang nyaman dengan persekitaran yang dipenuhi bunga yang indah. Bayangkan, korang duduk di bawah pohon sakura merah jambu dengan kesayangan. Sweet bukan?

Kini, korang boleh rasai pengalaman seakan-akan memegang bunga sakura dengan Vivo V15 Blossom Pink edisi terhad.

 

Edisi terhad untuk siri telefon pintar V15 ini akan berada di pasaran Malaysia bermula 18 Mei 2019 dengan hanya RM 1,299.

Paling menarik, setiap pembelian telefon Vivo V15 Blossom Pink akan disertakan dengan humidifier merah jambu eksklusif secara percuma. Barulah feeling ala-ala di negara ‘Sakura’ gitew.

Bersempena dengan pelancaran siri V15 Blossom Pink edisi terhad ini, Vivo bekerjasama dengan jenama produk milik penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu SimplySiti.

1,000 pembeli terawal telefon pintar Pink Blossom edisi terhad ini akan menerima baucar SimplySiti bernilai RM50, sempena keluaran produk terbaru SimplySiti Red Collection.

Bolehlah korang berbelaja sakan sempena raya yang bakal menjelma tak lama lagi dengan Vivo dan SimplySiti.

SimplySiti Red Collection menampilkan rangkaian produk kosmetik premium dengan faedah anti-penuaan untuk kelihatan lebih muda.

Formulasi inovatif ini menggabungkan teknologi dari Korea dengan ekstrak ginseng merah untuk penampilan yang lebih menyerlah serta melawan tanda-tanda awal penuaan.

Vivo V15 Blossom Pink edisi terhad ini mempunyai spesifikasi terbaik seperti kamera hadapan 32MP yang boleh dinaikkan, pertama di dunia.

Paparan skrin Ultra Full-View pula menambahkan keluasan perspektif penglihatan. Barulah best untuk berswafoto bersama keluarga dan rakan-rakan sempena raya ni!

Kamera yang dilengkapi Triple AI, 8MP AI Super Wide-Angle, dan 5MP Depth membolehkan korang untuk rakam setiap detik keseronokan dengan lebih terang dan jelas.

Alang-alang kamera telefon tu dah canggih, jangan lupa untuk sertai peraduan Vivo V15 Pro Top Influencer – 32MP Perfect Smile untuk memenangi hadiah bernilai lebih RM100,000. Lihat sini untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Vivo V15 Blossom Pink edisi terhad ini juga didatangkan dengan 8GB RAM dan 128GB kapisiti simpanan dengan bateri 4,000mAh yang tahan lebih lama.

Sekiranya bateri telefon tahan lebih lama dan peranti lebih cekap, tak ada masalah untuk korang sertai PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC) 2019. Hadiah-hadiah menarik bernilai RM114,000 menanti anda.

Pendaftaran kini telah dibuka dan pusingan kelayakan akan diadakan pada 1 Jun 2019 di Sunway Velocity Mall. Lihat sini untuk butiran selanjutnya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending