Connect with us

Inspirasi

Meruntun Jiwa Ramai, Si Bongkok Bersama Kucing2 Duduk Meminta Derma

Anati Ali

Published

on

Walaupun hidup serba kekurangan, itu bukanlah penghalang untuk menolong makhluk di dunia ini dalam kesusahan. Pertolongan itu bukan hanya datang dalam bentuk wang ringgit, malah menghulurkan bantuan makanan dan keperluan juga merupakan perkara yang sangat bernilai.

Dua hari lalu, sebuah video telah tular dikalangan warga pengguna Facebook. Video tersebut telah memperlihatakan seorang lelaki yang daif sedang duduk dengan beberapa ekor kucing, yang dikatakan merupakan jagaannya.

“Semoga pakcik ini dimurahkan rezeki…”

Pakcik ini dikatakan sering dilihat dan dikenali oleh orang tempatan terutamanya yang sering berkunjung di Pasar Payang, Terengganu. Kucing-kucing berkenaan dilihat duduk dan berlindung dalam poket-poket bajunya.

Semoga pakcik ini di murahkan rezeki . Amin Kalau korang jumpa dia , sedekahkan la seringgit dua . Lokasi : pasar payang , Terengganu#kakmisaiSHARE | KREDIT @akimforest

Posted by KAK MISAI on Saturday, November 30, 2019

Kucing duduk diam, tak lari pergi mana…

Kucing-kucing berkenaan terlihat duduk dengan sangat baik dan disisir dengan rapi oleh pakcik berkenaan. Kucing-kucing berkenaan juga, kelihatan jinak dan sangat selesa duduk di atas ribanya.

Ramai juga yang hulurkan bantuan!

Kisah pakcik ini juga telah mendapat perhatian dan diceritakan oleh seorang pengguna Facebook bulan lalu. Menurutnya, pakcik berkenaan telah lama menetap di Pasar Payang bersama-sama dengan kucingnya.

Semoga pakcik dimurahkan rezeki…

Menerusi ruangan komen, dilihat ramai yang sayu dan mendoakan pakcik berkenaan diperluaskan rezekinya dalam pelbagai bentuk.

Ini betul2 insan berhati mulia!

Tolong hulur seberapa yang mampu

Semoga rezeki pakcik sentiasa cukup…

Orang ramai diharapkan untuk menghulurkan sedikit sumbangan ataupun bantuan untuk pakcik berkenaan dan juga kucing-kucing peliharaannya itu. Semoga kebaikan yang dibuat oleh pakcik ini akan dibalas kelak.

Sumber: Kak Misai, Asydee Zikri.

 

Continue Reading
Advertisement

Trending