Connect with us

Infozon

Merintih Anak Kecil Peluk Jenazah, Pesanan Terakhir Seorang Ibu Undang Pilu

Sebagai manusia biasa, kita pastinya berasa sangat sedih dan hiba apabila kehilangan orang yang tersayang. Lebih-lebih lagi, pemergian ataupun kehilangan ahli keluarga terdekat ataupun pasangan hidup sendiri.

Semalam, di Indonesia telah tularnya sebuah video ringkas yang memaparkan seorang bayi menangis dan memanggil nama ibunya. Bayi itu juga dilihat, memeluk jenazah ibunya sambil menyahut “mama”, sekaligus mengundang pilu hati orang yang berada di sekeliling tempat kejadian.

Menangis sambil panggil mama…

Bukan setakat memanggil nama ibunya, malah bayi tersebut memeluk dan dilihat menyentuh-nyentuh wajah ibunya yang kaku itu. Kejadian ini juga telah disahkan oleh suami kepada si mati dan mengesahkan bahawa kejadian tersebut sememangnya terjadi.

https://twitter.com/inierlin/status/1207222764404297728

“Peluk mama sayang…”

Tinggalkan pesanan terakhir buat anak

Menurut suaminya lagi yang dikenalo sebagai Insan Tonji, isterinya itu telah meninggal beberapa pesanan yang terakhir oleh arwah isterinya buat anak perempuan kecil mereka. Pesanan tersebut telah ditulis dan disematkan oleh Tonji menerusi posting di Facebook.

“Al-Fatihah untuk mamah…”

Sebenarnya, isterinya telah meninggal dunia pada tanggal 13 Disember 2019 dan hanya baru-baru ini dia mempunyai kesempatan untuk menjelaskan kesemuanya.

Semoga mereka sekeluarga tabah dan redha atas pemergian insan yang tersayang ini. Al-fatihah.

Sumber: Insan Tonji, Inierlin

Continue Reading
Advertisement

Trending