Connect with us

Infozon

Merayu2 Minta Secebis Sisa Makanan, ‘Rintihan’ Kucing Jalanan Bikin Hiba

Nasib haiwan-haiwan jalanan seperti kucing dan anjing, sangat menyentuh jiwa terutamanya mereka ini dibiarkan kelaparan tanpa belas ihsan masyarakat. Bukan sahaja lapar, malah badan mereka kadang kala dipenuhi dengan luka akibat dipukul ataupun kemalangan dilanggar oleh kenderaan.

Haiwan jalanan ini kebiasaannya banyak dijumpai di kaki lima, gerai-gerai makan dan juga pasar-pasar basah. Sama ada dibuang atau sememangnya dilahirkan di tempat sebegitu, nasib haiwan jalanan ini tetap sahaja malang dan tidak terbela.

Pandai merayu-rayu minta secebis sisa…

Meruntun jiwa ramai yang menonton, sebuah video yang berdurasi 29 saat memaparkan seekor kucing jalanan yang berwarna oren, dilihat seakan-akan merayu kepada si perakam untuk meminta sedikit makanan untu dialas perut.

Disisi kucing oren tersebut, dilihat dua ekor lagi kucing yang sedang duduk dengan tertib dan bersabar untuk berikan makanan.

https://www.facebook.com/aryou.niyu/videos/4253303484695821/

Memang nampak comel dan kelakar, tapi…

Sekali imbas, situasi tersebut sememangnya nampak sangat comek dan kelakar. Namun sebenarnya, ia situasi yang sangat menyedihkan apabila haiwan dilihat seakan-akan merayu untuk meminta sedikit makanan kepada manusia.

Ramai yang tersentuh dengan rayuan Oyen…

Sudah pastinya, ruangan komen di posting video ini dihujani dengan pelbagai kata-kata daripada para pengguna Facebook. Turut juga dilihat, ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa kebanyakan kucing jalanan ini.

Baiknya tingkah laku, sopan tak panjat meja

Tolonglah ambil dan bela mereka

Kalau nak beri makan, jangan campak tulang!

Kesianny, merayu minta belas kasihan orang

Semoga sentiasa dilindungi Allah

Masyarakat dinasihatkan untuk tidak berlaku kejam terhadap mana-mana jenis haiwan jalanan ataupun yang terbiar. Beri dan kongsikan mereka sedikit rezeki kerana haiwan-haiwan ini hanya mahukan makanan bukanlah wang.

Sumber: Facebook.

Continue Reading
Advertisement

Trending