Connect with us

Inspirasi

Merantau Jauh Cari Rezeki, Pemuda Sedih Keluarga Tak Pernah Tanya Khabar, ‘Call’ Bila Nak Duit Je

Sudah menjadi lumrah seorang anak untuk merantau jauh ke negeri lain dengan niat mencari duit buat ahli keluarga di kampung.

Bukan itu sahaja seberat mana pun kerja tersebut, mereka sanggup berkorban berhijrah berjauhan dari kampung halaman agar ibu bapa dan adik-beradik boleh hidup senang.

Bagaimanapun, kisah seorang pemuda ini sedikit berbeza dengan apa yang dilalui oleh kebanyakan anak-anak perantauan di luar sana.

Menerusi video yang dikongsi di aplikasi TikTok, pemuda itu meluahkan bahawa keluarganya seakan tidak menghargai segala penat lelah dan pengorbanan yang dilakukannya untuk mereka.

Langsung tak pernah tanya khabar, ‘call’ tanya pasal duit je

Pengalaman dialami oleh ternyata sangat berbeza berbanding orang lain kerana sewaktu bercakap melalui telefon kerana langsung tiada gurauan atau pertanyaan khabar, malah dia sendiri mengakui tidak pernah langsung merasai ‘momen’ itu bersama keluarga.

Lebih menyedihkan apabila mereka hanya menghubungi pemuda tersebut jika ingin meminta duit daripadanya. Selain daripada duit, mereka seakan tidak mempedulikan sama ada pemuda itu sihat atau tidak ketika bekerja di tempat orang.

https://www.tiktok.com/@gtn2_yudhi981/video/6913082301844819202

Menerusi video pendek itu, pemuda berkenaan dilihat mengesat air mata dan menyatakan rasa kesal dengan sikap keluarganya sendiri. Dia turut terkilan apabila hanya dianggap sebagai ‘keluarga’ kerana duit.

Bertabahlah, semoga diberi rahmat atas pengorbanan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati terhadap nasib pemuda itu dan tidak putus memberikan kata-kata semangat terhadapnya.

Malah, ada juga yang mendedahkan pernah mengalami pengalaman serupa.

Anggap saja sedang mengusahakan ‘ladang pahala’

Walau kita susah-payah di perantauan, keluarga tak tahu

Kalau ada duit baru dipandang tinggi

Biarpun pahit untuk ditelan, begitulah realiti kehidupan… Bertabahlah wahai anak-anak perantau. Sakit sekejap di dunia namun, usahamu pasti berbuah pahala di akhirat kelak.

Sumber: TikTok @gtn2_yudhi981

 

 

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending