Infozon
Menteri Agama Turki Sampaikan Kutbah Raya Di Aya Sofia Sambil Pegang Pedang

Kehangatan lebaran masih lagi terasa walaupun sudah memasuki tiga Syawal. Pelbagai kisah menarik perhatian di seluruh dunia ketika meraikan hari raya dikongsi oleh umat Islam di seluruh pelusuk dunia.
Tanpa melupakan sedikit pun konflik yang membelenggu penduduk di Semenanjung Gaza, gambar Menteri Hal Ehwal Agama Turki, Dr Ali Arbash menyampaikan khutbah hari raya di Masjid Aya Sofia telah tular di media sosial.
Pertama kali khutbah dibaca selepas dibuka semula kepada masjid
Hal ini kerana khutbah hari raya berkenaan adalah kali pertama dilakukan setelah Aya Sofia kembali diisytiharkan sebagai masjid pada 10 Julai 2020.
Hari ini Menteri Hal Ehwal Agama Turki, Dr Ali Arbash menyampaikan khutbah dengan berpakaian hitam dan memegang pedang serta mendoakan Masjidil Aqsa. Solat Aidilfitri ini adalah yang pertama kali diadakan di Masjid Aya Sofia selepas pengembalian semula statusnya ke masjid. pic.twitter.com/7tEhl0XrxT
— Fakhri (On Hiatus) (@fakhrifadzli) May 13, 2021
Turut doakan masyarakat di Palestin
Dalam ciapan yang dibuat oleh akaun Twitter milik @fakhrifadzil, dia menulis bahawa Dr Ali Arbash lengkap berpakaian hitam dengan memegang sebilah pedang ketika menyampaikan khutbah.
Beliau turut mendoakan saudara-saudara Islam di Palestin serta Masjidil Aqsa yang ketika ini sedang menerima serangan daripada pihak musuh.
Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai komen positif dengan melihat perkongsian tersebut.
Mereka juga sama-sama melaungkan takbir dan mendoakan agar jemaah di Masjidil Aqsa juga boleh menunaikan ibadah dengan tenang.
Sumber: FakhriFadzil

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit