Connect with us

Inspirasi

Meninggal Sebelum Anak Lahir Ke Dunia, Ayah Sempat Titip Pesanan Dalam Video & Buku

Baru-baru ini, kisah seorang bapa yang meninggal dunia sebelum anaknya lahir ke dunia menjadi tular di serata laman sosial.

Lebih menyedihkan apabila bapa yang dikenali sebagai Scott Ferguson itu sempat meninggalkan pesanan buat anaknya sebelum pergi buat selama-lamanya.

Menderita penyakit kanser kronik

Scott didiagnosis menghidap kanser otak glioblastoma tahap 4 pada Februari 2018 lalu. Keadaan menjadi semakin teruk apabila Scott pengsan secara tiba-tiba sewaktu sedang membeli-belah di sebuah ‘mall’ bersama teman wanitanya, Jaymie.

Meskipun begitu, lelaki berusia 33 tahun tersebut terus berjuang untuk hidup bagi memenuhi impiannya ingin menikahi kekasih hatinya itu.

Setelah bergelar suami isteri, Scott dan Jaymie berbulan madu di Sydney, Australia. Pada waktu itu, penyakit Scott sudah semakin kritikal apabila dia hanya boleh menggerakkan sebelah bahagian tubuh sahaja.

Bagaimanapun, oleh kerana semangat juangnya kuat, Scott berupaya melakukan aktiviti ‘snorkeling’ biarpun dalam keadaan lumpuh sebelah badan.

Sejak awal mengetahui dirinya tidak ada peluang untuk sembuh, Scott tetap bersikap positif bahkan ketika orang ramai bertanyakan khabarnya dia sentiasa menjawab dirinya baik-baik sahaja.

Terima berita gembira, isteri hamil

Setelah beberapa bulan berkahwin, pasangan suami isteri itu menjalani IVF (In Vitro Fertilization).

10 bulan selepas itu, mereka menerima berita gembira bahawa si isteri disahkan hamil. Perkhabaran tersebut memberi nafas baru bagi Scott untuk terus berjuang.

Ditakdirkan pergi dahulu, tidak sempat bertemu cahaya mata sulung..

Malangnya, pada bulan Mac tahun ini, Scott meninggal dunia setelah 3 tahun didiagnosis dan melangkaui tempoh harapan hidup sebanyak 5 kali.

Empat minggu selepas pengebumian, anak perempuannya yang diberi nama Isla Scott Ferguson selamat dilahirkan.

Isterinya, Jaymie meluahkan rasa gembira namun hatinya hancur mengenangkan suaminya sudah tiada di sisi untuk menyaksikan kelahiran anak mereka.

Sempat rakam video dan tulis buku pesanan buat anak

Sebelum meninggal dunia, Scott sempat merakam video dan meninggalkan beberapa pesanan buat bakal cahaya matanya.

Dalam salah satu video tersebut, dia menyatakan bahawa setiap hari dia berjuang keras agar dapat berada di sisinya dan dapat bertemu dengannya kelak.

“Ketahuilah ayah tak pernah menyerah,” kata Scott dalam video yang dirakamnya.

Bukan itu sahaja, Scott turut menulis sebuah buku khas untuk anaknya dengan pesanan yang memilukan.

“Ikutilah impianmu, kamu tidak perlu hidup seperti orang lain. Ayah dan ibu akan selalu bangga dan memikirkan dirimu setiap hari.
“Selama kamu tersenyum setiap hari, semuanya akan baik-baik sahaja.
“Ketika kamu berkahwin, ketahuilah bahawa ayah akan mengawasi dan menghantar kamu ke pelamin,” tulisnya dalam buku tersebut.

Memetik temubual bersama Mirror, isterinya Jaymie meluahkan rasa terkilan kerana suaminya pergi tanpa diberi kesempatan berjumpa cahaya mata sulung mereka.

“Ia sangat memilukan, kerana dia hampir bertemu dengannya. Malah, dia selalu memberitahu saya semua perkara yang ingin dilakukan dengan puteri kami,” ujar Jaymie.

Buat masa ini, dia berharap dapat meningkatkan kesedaran terhadap penyakit yang sama meragut nyawa suaminya.

Sumber: Instagram Jaymie Ferguson, Mirror UK

 

 

 

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending