Connect with us

Infozon

Meninggal di Tanah Suci, Jenazah Covid-19 Dikebumi Dekat Makam Sahabat2 Nabi

Jenazah mangsa korban wabak Covid-19 yang meninggal dunia di Tanah Suci dikebumikan di Makam Baqi’ yang terletak berhampiran Masjid Nabawi.

Perkara itu dikongsi di laman Facebook Haramain (dua tanah Haram, merujuk kepada bumi suci Mekah dan Madinah) yang memuat naik beberapa keping gambar sekitar proses pengebumian tersebut.

“Beberapa individu menawar diri bagi melakukan solat jenazah dan kebumikan mangsa yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Makam Baqi’, Madinah.
“Semoga Allah SWT memuliakan dan meletakkan mereka dalam kalangan para syuhada di syurga serta semua umat Islam yang telah meninggal dunia dari seluruh dunia,” tulis kapsyen posting berkenaan.

Menerusi penulisan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah iaitu Mohd Rizal Azman Rifin, Makam Baqi’ juga dikenali dengan sebutan Melayunya, Taman Syurga.

Lebih istimewa apabila lokasi tersebut menempatkan jenazah ahli keluarga dan sahabat Rasulullah SAW seperti Uthman bin Affan, isteri Rasulullah SAW, putera Baginda SAW iaitu Ibrahim serta Imam Malik bin Anas.

Jadi tidak hairan sekiranya Makam Baqi’ sering menjadi tumpuan para jemaah untuk menziarahinya kerana amat dekat di hati setiap umat Islam.

Advertisement

Sumber : Facebook , Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Trending