Connect with us

Inspirasi

Menggentar Jiwa Alunan Quran Dari Hagia Sophia, Solat Jumaat Pertama Dilimpahi Jemaah

Hagia Sophia yang ditukar fungsi kepada masjid baru-baru ini akan dibuka semula hari ini bagi umat Islam menunaikan ibadah buat pertama kalinya selepas 86 tahun.

Pembukaannya kepada jemaah itu juga menyaksikan solat jumaat didirikan di monumen bersejarah itu dengan kehadiran Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bersama ribuan jemaah.

Patuhi langkah pencegahan

Masih mematuhi langkah pencegahan Covid-19, termasuk menyediakan ruang solat berbeza bagi memastikan orang ramai tidak berkumpul pada satu-satu masa.

Sebagai langkah keselamatan pula, dengan penutupan beberapa stesyen kereta api sebelum dan selepas solat Jumaat berlangsung untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.

Alunan Al-Quran bergema di Hagia Sophia

Dapat diperhatikan menerusi video siaran langsung solat Jumaat yang dikongsikan Astro Awani, menyaksikan setiap pelusuk kawasan masjid Hagia Sophia bergema dengan alunan ayat suci Al-Quran.

[LANGSUNG] Solat Jumaat Pertama di Masjid Hagia Sophia

Saksikan detik-detik bersejarah Solat Jumaat pertama di Masjid Hagia Sophia selepas 86 tahun secara langsung dari Istanbul, Turki jam 6 petang ini di saluran 501 dan astroawani.com#HagiaSophia #AWANInews #AyaSofya

Posted by Astro AWANI on Friday, July 24, 2020

Ribuan jemaah hadir

Semua jemaah yang hadir dilihat mematuhi SOP yang ditetapkan, dan solat Jumaat juga berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Turki membuat keputusan membatalkan status muzium Hagia Sophia.

Ia selepas membenarkan permohonan petisyen oleh sebuah kumpulan agama yang mahu membatalkan keputusan Kabinet pada 1934 yang mengubah bangunan itu kepada muzium.

Erdogan yang mahu tapak warisan dunia itu kepada sebuah masjid walaupun mendapat kecaman hebat dari Amerika Syarikat (AS) dan pemimpin Kristian Ortodoks.

Sumber : Astro Awani

Continue Reading
Advertisement

Trending