Connect with us

WTF

Mengaku Diri Nabi Ke-26 Dan Menghina Islam, Lelaki Indonesia Diburu Polis

Ajaran sesat dan mengaku diri sebagai Nabi moden bukan lagi perkara baru di dalam benua nusantara. Lebih membahayakan, pengikut-pengikut serta puak ini semakin ramai dan lebih extream tindakan mereka untuk memesongkan akidah orang lain.

Tak dinafikan, kebanyakan golongan yang terjebak dengan ajaran ini merupakan individu beragama islam.

Mengaku sebagai nabi, buat video hina islam

Baru-baru ini telah kecoh di media sosial Indonesia apabila ada seorang lelaki yang telah mengaku bahawa dia adalah nabi yang ke-26.

Melalui laporan CNN Indonesia, lelaki tersebut telah membuat video dan membuka forum terbuka menghina orang Islam. Selain daripada itu, lelaki yang dikenali sebagai Jozeph Paul Zhang itu juga mengugut sesiapa sahaja yang melaporkan dirinya ke pihak berkuasa.

Undang kemarahan ramai

Video pengakuannya itu telah mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial termasuk mendapat perhatian pihak berkuasa Indonesia.

Advertisement

Menurut Agus Andrianto, jurucakap polis, kes tersebut dalam siasatan dan lelaki tersebut dipercayai bukan berada di Indonesia dan sudah meninggalkan negara tersebut sejak Januari 2018.

Pelaku duduk luar negara tetap dikenakan tindakan!

Selain itu, ada juga dakwaan mengatakan yang dia kini berada di Jerman. Namun pihak polis Indonesia mengatakan yang perkara itu tidak akan menghalang siasatan yang dilakukan oleh polis kerana mereka akan bekerjasama dengan pihak polis dari luar negara untuk mengesan Jozeph.

“Polis juga ada membuat pendaftaran pencarian (DPO) terhadap lelaki itu bagi membolehkan dia dihantar pulang ke Indonesia dari mana-mana negara yang dia menetap ketika ini” kata Agus Andrianto

Tambahan pula, Agus juga turut memaklumkan yang Jozeph sedar akan videonya telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk beragama Islam di seluruh Indonesia.

Sementara itu, Menteri Agama, Yaqut Cholil Qoumas telah menggesa pihak polis untuk bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menghina agama.

“Mana-mana pihak yang menghina agama perlu dikenakan hukuman tegas kerana perbuatan itu bukan perkara yang boleh dipandang ringan”

Sumber: Utusan 

Advertisement

Seorang penulis yang kuat berangan dan habiskan sisa masa dengan binge-watching Netflix

Continue Reading
Advertisement

Trending