Inspirasi
Menangis Pelanggan ‘Cancel Order’ 60 Bungkus Nasi, Pemuda Sedekah Kepada Orang Susah

Seorang pemuda di Indonesia menangis sayu setelah pelanggan yang memesan 60 bungkus nasi bungkus membatalkan ‘order’ secara tiba-tiba, walaupun nasi dan lauk sudah hampir siap dimasak.
Video memaparkan pemuda berkenaan dikongsi oleh teman wanitanya menerusi laman sosial TikTok, serta-merta menimbulkan rasa sebak di kalangan warganet yang menontonnya.
Wanita yang menggunakan akaun @heppy08 berkenaan bercerita bahawa sebaik sahaja pelanggan membatalkan pesanan, kekasihnya dilihat menangis tersedu-sedu sambil mencedok makanan yang sedang disiapkan bagi memenuhi pesanan nasi bungkus tersebut.
Kenapa sampai menangis begitu?
https://www.tiktok.com/@heppy08/video/6923940829312732417?sender_device=pc&sender_web_id=6906418607397848577&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0
Rupa-rupanya menurut penjelasan wanita tersebut, pemuda itu gagal menahan air mata kerana modal yang digunakan untuk menyiapkan pesanan itu datang daripada ‘hutang’ dan disebabkan pesanan itu telah dibatalkan, dia tidak boleh membayar hutangnya.
“Bayangkan kalau kalian berada dalam situasi dia, betapa sedihnya nasi bungkus yang sudah dipesan sebanyak 60 bungkus, tiba-tiba di ‘cancel’. P
“adahal dia bertungkus-lumus meminjam duit ke sana ke mari sebagai modal, kerana deposit yang diberi tidak cukup. Tiba-tiba pembeli ‘cancel’ pula,” tulis wanita itu di dalam video.
Dalam pada itu, dilihat wanita berkenaan sempat lagi cuba menghiburkan hati kekasihnya demi meredakan perasaan sedih dan kekecewaan yang dialami.
Dalam video lain yang dimuat naik olehnya lagi, wanita tersebut berkongsi bagaimana rakan-rakan pemuda itu tidak putus memberi kata-kata semangat kepadanya sehingga membuatkan dia kembali tersenyum.
https://www.tiktok.com/@heppy08/video/6924465166545440002?sender_device=pc&sender_web_id=6906418607397848577&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0
Akhirnya, selepas bangkit daripada kesedihan, dia membuat keputusan untuk sedekah kesemua nasi bungkus berkenaan meskipun dirinya ditimpa musibah sedemikian.
“Bersedekahlah meski kita dalam keadaan kekurangan kerana masih ramai insan lain di bawah kita yang memerlukan,” – kenyataan yang sering diungkapkan oleh pemuda berkenaan.
Malah wanita tersebut turut menyatakan kekasihnya itu mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan dan kata-kata semangat daripada warganet sehingga dirinya boleh bangun semula daripada saat kesulitan.
Allahu, sungguh mulia hati pemuda itu. Walaupun dalam keadaan susah, sanggup lagi bersedekah kepada orang lain. Semoga dimurahkan rezeki!
Sumber: Indozone

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit