Infozon
“Matilah melayu! Terlalu banyak mulut celupar bila cakap pasal 13 Mei…”

Negara kita merupakan negara yang berbilang kaum, budaya, adat, dan agama. Disebabkan perkara ini, Malaysia merupakan negara yang sangat unik jika dibandingkan dengan negara lain. Melayu makan roti canai, Cina makan nasi lemak, India makan tosai.
Begitulah kehidupan seharian di Malaysia. Segala adat dan tradisi dikongsi bersama, yang baik disimpan yang keruh dibuang. Namun begitu, ada juga kekurangan hidup di negara berbilang kaum ini.
Pergaduhan perkauman sememangnya tidak boleh dielakkan. Baru-baru ini, seorang individu telah memuat naik tweet berkenaan kejadian sejarah 13 Mei sebagai pengajaran dan iktibar semua agar tidak berulang lagi.
Baca sebagai pengajaran
Sudah menjadi pantang larang bagi orang ramai untuk tidak bercakap mengenai kejadian 13 Mei demi menjaga sensitiviti masyarakat. Namun begitu, cerita sebegini boleh diambil iktibar buat semua rakyat Malaysia agar tidak berulang lagi.
Apa yang menyebabkan peristiwa 13 Mei berlaku?
Peristiwa bermula
Malai-Si (Matilah Melayu)..
Bendera komunis dikibarkan beserta gambar Mao disamping menghina orang melayu dengan ayat “Malai-Si” yang bermaksud matilah melayu. Keadaan menjadi semakin tegang disebabkan pilihanraya yang akan datang pada keesokan harinya.
Pilihanraya Umum Semenanjung 1969
Tragedi berdarah 13 Mei 1969
Rusuhan bermua apabila orang melayu dari Gombak diserang ketika perjalanan menuju ke Kampung Baru. Seramai 500 orang melayu berkumpul di hadapan rumah Dato Harun Idris. Akan tetapi, Dato Harun cuba meredakan keadaan, namun cubaan itu diendahkan orang ramai.
Ops Gerhana dan Ops Tenteram
14 Mei 1969 – Darurat
Disebabkan keadaan yang tidak terkawal, Yang Dipertuan Agong Malaysia telah mengisytiharkan darurat. Kedua belah pihak Melayu dan Cina mengalami kematian yang tinggi walaupun hanya sekadar anggaran.
Usahlah membangkitkan kemarahan lama
Setiap rakyat Malaysia tahu bahawa negara ini didiami oleh manusia dari pelbagai kaum dan budaya. Oleh itu semua rakyat Malaysia haruslah menjaga sensitiviti agama dan budaya yang lain agar tidak menimbulkan persengketaan.
Sumber: Twitter

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit