Connect with us

WOW

dUCk Tarik Balik Penjualan Tali Leher ‘Marvel X dUCk’ Gara2 Haram Dipakai!

Beberapa hari lalu, dUCk Group mengumumkan bakal berkolaborasi bersama Marvel bagi keluaran produk dan rekaan baru mereka sempena Hari Bapa yang akan menjelang tidak lama lagi. Berita ini telah menyebabkan peminat tegar barangan jenama dUCk, untuk membeli koleksi terbaru yang dijangka bakal membawa pembaharuan dan keunikan tersendiri.

Usai sahaja produk produk kolaborasi antara Marvel dilancarkan pada hari semalam, dUCk dilihat mengeluarkan tudung dengan warna dan rekaan yang agak unik kerana bercorak seakan-akan badan adiwira Iron Man. Bagi Hari Bapa yang bakal menjelang tiba, selain tudung dUCk juga telah mengeluarkan produk tali leher sempena berkolaborasi bersama Marvel.

Tali leher material 100% sutera

Sememangnya tali leher tersebut sesuai untuk dijadikan sebagai sebuah hadiah pada hari istimewa itu nanti. Namun malangnya, produk tali leher tersebut mendapat kritikan ramai di media sosial apabila bahan yang digunakan bagi pembuatan tali leher tersebut merupakan 100% sutera.

Seperti yang sedia maklum, kaum lelaki yang beragama islam dilarang dan haram memakai sebarang pakaian yang diperbuat dari bahan sutera asli.

Minta maaf & sudah hentikan penjualan…

Selepas mendapat maklum balas daripada orang ramai, dUCk dilihat memberhentikan jualan tali leher tersebut di laman web rasminya. Malah, dUCk juga bakal lakukan pemulangan wang semula kepada pelanggan mereka dan bakal tali leher tersebut bakal diberikan sebagai hadiah kepada para frontliner yang bukan islam.

Mereka juga dilihat kesal dan memohon maaf atas kesilapan terlepas pandang mengenai isu bahan yang digunakan untuk menghasilkan tali leher berkenaan. Pujian turut diberikan kepada pihak dUCk Group atas tindakan mereka menangani isu ini.

Sumber: Twitter, Instagram.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement

Trending