Infozon
Mata Wartawan Palestin Disahkan Buta Selepas Dibedil Peluru Logam Israel

Sudah banyak cerita dan kepahitan yang melanda penduduk Palestin terutamanya kanak-kanak dan bayi yang masih kecil. Turut menjadi mangsa kepada pergolakan tersebut ialah kumpulan media dan wartawan yang membuat liputan tentang perkembangan keadaan di sana.
Baru-baru ini, dikhabarkan bahawa terdapat seorang pengamal media Palestin, dilaporkan buta selepas tentera Israel menembak tepat kearahnya. Wartawan tersebut dikatakan cedera dalam satu serangan menunjuk perasaan yang berlaku di selatan Tebing Barat, Palestin.
Alami cacat yang kekal!
Pemuda yang merupakan wartawan dan kumpulan media dikenali Mu’ath Amarneh. Dia telah disahkan mengalami kecacatan kekal pada penglihatannya selepas kecederaan yang menimpanya agak parah.
Dia telah terkena serangan dari peluru logam bersalut getah yang telah dilepaskan oleh tentera Israel di bandar Surif di Wilayah Hebron pada Jumaat lalu.
Diserang semasa laksanakan tugas…
Kejadian itu dikatakan berlaku ketika wartawan berkenaan, sedang menjalankan tugas dan membuat satu liputan tentang perhimpunan protes terhadap serangan tanah oleh pihak berkuasa Israel
Mangsa terkena tembakan tepat di mata, terus dikejarkan ke hospital di Hebrom dan menerima rawatan kecemasan. Tetapi malangnya, mata dan penglihatannya gagal diselamatkan kerana kecederaan yang agak parah dan kritikal.
Ramai pihak mengecam tindakan yang dilakukan Israel tersebut dan sekali gus menyeru kepada organisasi antarabangsa untuk mengambil tindakan. Ramai juga beranggapan kejadian tersebut dikatakan telah disengajakan oleh pihak mereka.
Sumber: Palestine Network.

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit