Connect with us

Infozon

Masjid Jadi Pusat Kuarantin Bagi Pesakit Covid-19

Berikutan pertambahan bilangan pesakit positif Covid-19 di hospital, beberapa negara mengambil inisiatif bagi menjadikan dewan expo atau ruang besar sebagai lokasi pusat kuarantin termasuk di India.

Baru-baru ini, pusat pendidikan ‘Azam College of Education’ di wilayah Pune, India menawarkan dewan masjid di dalam kampus itu untuk menempatkan sebahagian ratusan pesakit yang dijangkiti wabak pandemik tersebut.

Menurut laporan Pune Mirror, dewan seluas 9,000 kaki persegi itu sudah melakukan penyediaan untuk memudahkan pesakit menjalani kuarantin sehingga disahkan sembuh.

“Kita telah buat susunan sekurang-kurangnya untuk 80 suspek yang mempunyai simptom Covid-19 dimana akan dikuarantin dalam dewan tersebut. Buat masa kini, akademik di kampus telah ditangguhkan.
“Kami juga merancang untuk menawarkan lebih banyak lokasi seperti itu kepada pihak kerajaan untuk digunakan sebagai fasiliti kuarantin,” kata presiden kolej tersebut, Dr PA Inamdar.

Sumber : Pune Mirror

Continue Reading
Advertisement

Trending