Connect with us

Inspirasi

Masing2 Pembawa Gen Talasemia, Pasangan Kekasih Menangis Terpaksa ‘Break Up’

Jika kita rajin membaca berkenaan isu kesihatan, pasti pernah mendengar penyakit talasemia iaitu satu penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi.

Walau bagaimanapun, penyakit tersebut tidak berjangkit dan terdapat dua jenis talasemia yang utama iaitu pembawa gen talasemia( Talasemia minor) dan pesakit talasemia (Talasemia major).

Disebabkan itu, mereka yang menjadi pembawa gen talasemia dinasihatkan untuk tidak berkahwin dengan pasangan yang juga seorang pembawa gen talasemia.

Perkongsian buka mata ramai

Jadi, menerusi satu perkongsian video seorang pengguna TikTok Indonesia yang dikenali sebagai @szasaccount, dia telah memuat naik video menyedihkan apabila terpaksa memutuskan hubungan dengan lelaki yang dicintai kerana mereka sama-sama adalah pembawa gen talasemia.

@szasaccount

please spread awareness about thalasemia #thalasemia #thalasemiaindonesia #breakup #fyp

Advertisement

♬ Pesan Terakhir – Lyodra

Terpaksa berpisah demi masa depan keturunan

Menurutnya, selepas tiga tahun bercinta, mereka mendapati yang mereka adalah pembawa gen talasemia selepas melakukan pemeriksaan kesihatan. Hal ini sama sekali akan mendatangkan risiko kepada anak-anak andai mereka berkahwin kelak.

Jadi, disebabkan perkara itu, mereka terpaksa berpisah dan masing-masing bersetuju untuk ‘meraikan’ hari terakhir sebagai pasangan kekasih.

 

Hubungan masih baik

Walau bagaimanapun, mereka tetap memilih untuk menjadi bestfriend kerana  sudah lama mengenali satu sama lain.

Advertisement

Hubungan mereka juga masih baik dan wanita itu tetap menghadiri majlis perkahwinan keluarga bekas kekasihnya. Hal ini disebabkan mereka memutuskan hubungan percintaan dengan persetujuan bersama kerana menyedari tentang risiko masa hadapan andai mereka berkahwin kelak.

 

Sumber: TikTok @szasaccount

Continue Reading
Advertisement

Trending