Connect with us

WTF

Masih Bertali Pusat, Sepasang Bayi Kembar Dijumpai Tertiarap Dalam Longkang

Dunia kini dilihat semakin banyak didiami oleh golongan manusia yang tidak mempunyai perasaan kemanusiaan dan juga boleh dikategorikan sebagai sakit otak! Makin banyak jenayah kekejaman yang melibatkan manusia dan juga haiwan berlaku, malah perkara ini seolah-olah sudah menjadi satu kebiasaan.

Berita pembuangan bayi sering kali didengar dan tersebar secara meluas di media sosial. Bertambah sayu apabila bayi yang dibuang oleh ibu bapanya itu, mati dalam keadaan yang agak tragis seolah-olah tidak dihormati.

Bayi kembar berendam dalam longkang!

Satu lagi kes pembuangan bayi dilaporkan, penduduk tempatan digemparkan dengan penemuan sepasang bayi kembar di dalam longkang berisi air. Lokasi kejadian masih lagi tidak dapat dikenal pasti .

Kedua-duanya masih bertali pusat

Beberapa keping foto bayi tersebut turut dimuat naik untuk tatapan serta perkongsian ramai. Dapat dilihat, pasangan kembar tersebut masih lagi bertali pusat dan tubuh badan mereka kelihatan sangat pucat.

Melihat gambar yang telah dikongsikan itu, boleh dapat dilihat yang kedua-dua bayi ini dilahirkan dengan cukup sempurna. Sangat menyedihkan apabila ibu kepada kembar ini, mengambil keputusan untuk membuang kedua-duanya begitu sahaja.

Bagilah pada orang lain!

Dua semestinya, perkara ini mendapat bualan hangat dan juga kecaman daripada pengguna media sosial. Menjengah di ruangan komen, ramai yang meninggalkan kata-kata cacian terhadap ibu bapa pasangan kembar ini.

Binatang pun sayangkan anak!

Semua ni nafsu semata-mata!

Semoga ibu bapanya diberi balasan yg setimpal

 

Sebelum membuat keputusan yang terburu-buru, lebih baik berhenti sejenak dan berfikir. Jangan kerana kepentingan diri sendiri dan nafsu serakah, nyawa yang tidak bersalah menjadi mangsa.

Sumber: Facebook.

Continue Reading
Advertisement

Trending