Connect with us

Inspirasi

Masih berbaju Sekolah, Foto Pelajar Pikul Kayu Api Bawa balik Rumah Bikin Sebak

Bersempena dengan kisah persekoahan yang baru sahaja membuka tirai, pelbagai gambar-gambar menarik baru dan lama mengenai kerenah anak-anak memulakan hari bersejarah mereka.

Masih berseragam sekolah pikul kayu api

Namun begitu, ada beberapa gambar seorang kanak-kanak beruniform sekolah telah memikul kayu api melalui satu lorong tanah merah.

Walaupun kejadian tersebut bukan berlaku di negara kita, namun ia sedikit sebanyak berbekas di hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Ang batang ito ay galing sa paaralan. Bali wala sa kanya ang kapaguran sa layo ng lalakbayin pauwi sa bahay nila, Ito…

Posted by Sikat Ka Pinoy on Saturday, June 8, 2019

Berjalan pulang dengan memikul kayu

Menerusi gambar yang dimuat naik sekitar Julai 2019 itu, jelas terlihat kanak-kanak tersebut masih mengendong beg sekolah dan seragam putih. Dengan bersungguh-sungguh dia memikul kayu api yang telah diikat di bahunya dan berjalan pulang.

Situasi tersebut benar-benar mengudang keinsafan kepada kita. Hal ini kerana jelas sekali dia sudah memahami keadaan hidup yang serba kekurangan dan melakukan tanggungjawab demi keluarga walaupun masih dibangku sekolah.

Jadi, jelaslah disini bahawa, bukan semua kanak-kanak terlahir dari kehidupan keluarga yang mewah. Kita seharusnya bersyukur dan muhasabah diri kerana dalam kesenangan kita ada orang lain yang tidak berkemampuan.

Sumber: Sikat ka pinoy

 

 

 

Continue Reading
Advertisement

Trending