Connect with us

WTF

Marah Bunyi Azan ‘Kacau’ Tidur, Lelaki Tikam & Belasah Bilal Masjid Sehingga Mati

Baru-baru ini, seorang muazin di daerah Taiz, Yaman telah dibunuh oleh jirannya sendiri hanya kerana tidurnya terganggu dek suara azan.

Memetik laporan Gulf News dan The New Arab, suspek bernama Mohammed Al-Zaidi berusia lingkungan 30 tahun menetap berhampiran masjid di mana bilal tersebut sering mengumandangkan azan.

Akibat terlalu marah, lelaki tersebut menikam bilal masjid berkenaan, Syekh Mayhub Shamsan dengan menggunakan pisau belati. Difahamkan lagi, dia telah menikam mangsa berulangkali sehingga bilal berusia 80 tahun itu tidak berdaya untuk melawan.

Tidak cukup dengan itu, masih tidak dapat mengawal kemarahan Al-Zaidi membelasah lelaki itu dengan cara menghentakkan batu besar pada kepalanya menyebabkan lelaki tua itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Selepas kejadian terbabit, Al-Zaidi mengurung dirinya di dalam bilik dan tidak mahu menyerahkan diri kepada pihak polis. Akhirnya, dia berjaya ditahan oleh pihak berkuasa.

“Pasukan polis meneyrbu rumah suspek setelah mengetahui dia bersendirian di rumah,” kata pihak polis, Kapten Mokhtar Al Youssefi.

Bagaimanapun, berlaku sedikit pergelutan sewaktu proses penangkapan suspek di mana dia mengeluarkan sebilah parang bagi mempertahankan diri.

Disebabkan itu, pihak polis terpaksa menembaknya di bahagian kaki sebelum menahan lelaki itu bagi tujuan siasatan lanjut.

Sumber: Gulf News (Ramadan Al Sherbini), The New Arab

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending