Connect with us

Inspirasi

Manusia Merungut Hadapi ‘Lockdown’, Bayangkan Hidup Haiwan2 Ini Dikurung Bertahun2

Sejak wabak pandemik Covid-19 mula muncul dan telah merebak ke seluruh dunia, dan telah pun meragut beribu-ribu nyawa membuatkan keadaan semakin membimbangkan.

Kini, boleh dikatakan kebanyakkan negara termasuk Malaysia yang terjejas teruk dengan jumlah jangkitan yang semakin meningkat, telah pun menjalankan perintah kawalan pergerakan.

Justeri, apabila masing-masing mula terkurung di rumah dan pergerakan pun kini semakin terbatas, membuatkan ramai yang mula merungut dan disebabkan itu mereka ada ingkar dengan arahan yang diberi.

Bayangkan hidup terkurung bertahun2

Sebenarnya apa yang kita lalui tidak seteruk mana yang dilalui makhluk Tuhan yang lain, seperti beberapa haiwan di zoo yang dikurung semata-mata untuk menjadi hiburan manusia.

Terbaru, beberapa foto haiwan di sangkar berlegar-legar di laman sosial media, memaparkan kehidupan sisi gelap hidup berkurung dalam jangka masa yang lama.

Haiwan sugul disebalik tembok batu & jeriji besi

Dapat kita perhatikan foto-foto yang dikongsi, kesemua haiwan tersebut kelihatan sugul terpaksa menghabiskan kehidupan berkurung di sebalik tembok batu dan jeriji besi.

Mungkin apa yang kita rasakan sekarang, terkurung dan pergerakan terbatas, adalah apa yang kesemua haiwan itu rasai selama bertahun-tahun.

Maka itu, jadilah manusia yang lebih bersyukur dengan apa yang telah kita miliki dan nikmati sebagai khalifah di muka bumi Tuhan.

Sumber : ART

Continue Reading
Advertisement

Trending