Connect with us

WOW

Mangsa Fesyen, Bulu Kucing Ditrim Seperti Alat Muzik Arkordion

Memiliki haiwan peliharaan adalah satu perkara yang menyeronokkan bagi sesetengah orang. Haiwan tersebut kadang-kadang dijaga dengan rapi dan sayangi seperti seorang manusia.

Jumaat lepas, tular dilaman Twitter mengenai seekor kucing bernama Oliver kerana bulunya telah ditrim dan hasilnya amat kelakar. Perkara ini telah dimuat naik oleh Caitlin mengenai kejadian yang melanda kucing keluarganya itu.

Terima pesanan dari maknya!

Caitlin telah memuat naik di laman Twitter, screenshot mesej oleh emaknya. Mesej tersebut jelas sekali bahawa emaknya dalam keadaan yang sangat marah tentang penampilan baru kucing mereka itu.

Diuruskan oleh bapa…

Emak Caitlin memberitahu bahawa Oliver telah dibawa oleh bapanya ke kedai penjagaan haiwan untuk merapikan bulu kucing itu. Namun bapanya telah membuat kejutan kepada emaknya dengan memotong bulu kucing mereka seperti harimau.

Tetapi kucing berkenaan lebih sesuai dan kelihatan seperti alat musik akordion.

 

Hanya sekadar gurauan.

Bapanya memberi penjelasan bahawa dia hanya mahu bergurau dengan isterinya sahaja. Mereka sekeluarga merasan perkara tersebut amat kelakar dan comel, namun emaknya masih tidak berpuas hati dengan perkara berkenaan.

Penularan mengenai bulu Olive telah digunting seperti akordion di Twitter telah menghiburkan ramai netizen. Lucunya,  netizen telah menggelar Oliver sebagai fashionista dan mempunyai akaun Instagram selepas kejadian terbabit.

Sumber: Bored Panda.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending