WOW
Mangsa Banjir Bersalin Atas Perahu, Beri Nama Bayi Siti Noor Banjiriah

Pagi semalam (Rabu, 20.1.2021) di Indonesia, seorang mangsa banjir yang sedang sarat hamil bernama Ernawati mengalami saat-saat bagi melahirkan cahaya mata.
Apabila mendengar wanita itu memerlukan bantuan, maka datanglah dua orang bidan ke rumahnya untuk menolong Ernawati bagi menghantarnya ke tempat bersalin.
Malangnya keadaan banjir di kampung mereka agak teruk, dimana hampir semua jalan raya tidak boleh dilalui oleh kenderaan darat. Jadi, mereka terpaksa menggunakan perahu sebagai pengangkutan utama.
Baru sahaja menjejakkan kaki ke atas perahu, Ernawati sudah tidak dapat menahan kesakitan dan merasakan bahawa bayinya sudah mahu keluar.
Akhirnya tanpa melengahkan masa, dua orang bidan itu terus menolongnya untuk proses bersalin di atas perahu yang mereka naiki tersebut.
Kejadian tersebut dirakam menerusi sebuah video yang dikongsi oleh penduduk tempatan di laman sosial Facebook.
Menurut laporan Tribun News, salah seorang daripada bidan berkenaan dikenali sebagai Arfat menjelaskan bahawa rahim Ernawati sudah terbuka sejak empat saat selepas mereka menaiki perahu.
“Ketika kami datang, rahimnya sudah terbuka habis dan sudah sedia untuk melahirkan,” luah Arfat kepada pihak wartawan yang menemubual dirinya.
Tidak lama selepas itu, Ernawati selamat melahirkan seorang bayi perempuan sihat yang memiliki berat 3.3 kilogram selain mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu proses kelahiran anaknya itu.
“Alhamdulillah saya dan bayi saya yang lahir normal berada dalam keadaan sihat,” ujarnya.
Oleh itu bersempena dengan tempat lahir anaknya di atas perahu, bayi perempuan berkenaan diberi nama yang ‘unik’ iaitu Siti Noor Banjiriah.
Sumber: Facebook Ponk Burger, Tribun News

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit