Connect with us

WTF

Malaysia Airlines Tawar Cuti Tanpa Gaji Kepada Kakitangan Akibat Covid-19

Jumlah rakyat yang dijangkiti wabak koronavirus di Malaysia semakin meningkat. Langkah pencegahan semakin diperketatkan terutama penerbangan ke luar negara telah ditunda demi kesihatan masing-masing.

Akibat daripada wabak ini, ia sedikit sebanyak menganggu keuntungan ekonomi negara. Baru-baru ini, Malaysia Aviation Group (MAG) menawarkan kepada 13,000 kakitangan untuk mengambil cuti tanpa gaji.

Syarikat induk Malaysia Airlines Bhd itu menawarkan dua pilihan kepada kakitangan iaitu sama ada mengambil tiga bulan cuti tanpa gaji atau lima hari cuti tanpa gaji untuk tiga bulan pada awal bulan April.

Program cuti secara sukarela itu juga ditawarkan kepada kakitangan lain di MAG termasuk Kargo MAB, Kejuruteraan MAB dan MASwings.

Inisiatif yang sama juga dilakukan oleh penerbangan antarabangsa termasuk penerbangan Singapura, Cathay Pacific dan British Airways.

“Wabak ini memberi impak besar terhadap pasaran. Rakyat tidak boleh melancong, bisnes tidak berjalan seperti biasa dan corak penerbangan telah berubah. MAG juga tidak terlepas daripada perkara ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Kapten Izham Ismail.

Sumber: FMT News

Continue Reading
Advertisement

Trending