Connect with us

Inspirasi

Malas Belajar? Lihat Reaksi Teruja Ibu Ayah Tercari2 Wajah Anak Dalam Dewan Konvo

Sejak kebelakangan ini, cerita-cerita berkenaan konvokesyen kerap dihidangkan kepada umum. Pelbagai kisah pahit manis didengar hampir diseluruh universiti dalam negara mengenai graduan-graduanĀ  yang menaiki pentas penuh istiadat itu.

Dengan jubah serta topi dikepala, para graduan megah tersenyum mengambil skrol disamping ibu ayah memerhati dari bangku penonton penuh bangga.

Mak ayah tercari-cari anak disebalik para graduan

Oleh hal yang demikian, seorang pengguna Twitter telah memuat naik satu rakaman video reaksi ibu ayah yang begitu teruja melihat anak-anak mereka memasuki dewan konvokesyen. Ternyata, video berdurasi beberapa saat itu benar-benar mengundang sebak.

Bangun nak rakam wajah anak2

Perkongsian yang dibuat telah mendapat lebih daripada 10 ribu RT di laman sosial tersebut sejak mula dibuat pada pagi tadi. Menerusi video itu, jelas terlihat ibu bapa yang hadir menoleh kebelakang sambil tercari-cari wajah anak mereka.

Sebahagian besar pula mengeluarkan telefon pintar dan merakam gerak masuk para graduan ke dalam dewan konvokesyen sebelum istiadat konvokesyen bermula.

Oleh hal yang demikian, para pelajar yang masih lagi sedang gigih meneruskan perjuangan hendaklah sentiasa menanam azam untuk membahagiakan ibu bapa.

Lihat sahaja wajah mereka yang begitu mengharapkan anak mereka ada disebalik barisan individu-individu berjaya. semoga video tersebut menjadi inspirasi untuk semua pelajar agar terus berusaha mengukir senyuman untuk orang tua tersayang.

Sumber : anees

 

Continue Reading
Advertisement

Trending