Connect with us

WTF

Makan Nenas Berisi Bahan Letupan, Gajah Bunting Maut Dalam Keadaan Berdiri

Adakah segelintir manusia semenangnya terlahir di dunia tanpa perasaan simpati dan kasih terhadap binatang? Lebih mengejutkan, mereka ini sanggup menyiksa haiwan sehingga mereka cederan dan akhirnya mati begitu sahaja.

Di India, seekor gajah yang sedang bunting dilaporkan maut akibat perbuatan keji penduduk tempatan di sana. Gajah betina tersebut dilaporkan maut gara-gara, memakan sebuah nenas yang diberikan oleh individu tempatan kepadanya.

Buah nenas tersebut didakwa telah dipenuhi dengan bahan letupan seperti mercun terlebih dahulu sebelum diberikan kepada gajah betina itu. Gajah liar tersebut pada mulanya keluar daripada habitat untuk mencari makan di sebuah kampung berdekatan.

Letupan yang berlaku sewaktu memakan nenas berisi mercun telah mengakibatkan lidah serta rahangnya  cedera parah. Kesannya, binatang itu dapat makan atau mengunyah seperti sedia kala.

Menurut Pegawai hutan Mohan Krishnan, gajah berkenaan tidak langsung merempuh atau merosakkan rumah-rumah di kampung itu walaupun dia berlari-lari mengerang kesakitan.

Gajah bunting itu kemudiannya ditemui berdiri di sungai Velliyar yang terletak di daerah Malappuram, utara Kerala. Haiwan itu dilihat sedang berdiri sambil merendamkan bahagian belalai dan mulutnya yang tercedera, yang berkemunkinan sedang berusaha mengelakkan lalat serta serangga mendekati lukanya.

Gajah bunting ini kemudiannya disemadikan serta diberika penghormatan sewajarnya atas kayu api serta di tanah tempatnya bermain dan membesar. Kejadian seperti ini bukanlah pertama kali berlaku, malah banyak lagi gajah yang mati angkara perbuatan khianat manusia.

Sumber: Daily Mail.

Continue Reading
Advertisement

Trending