WTF
Mak Disiksa Adik Diperkosa, Remaja Tamatkan Riwayat Bapa Tiri Durjana

Seseorang mampu bertindak luar kawalan apabila kesabarannya melebihi had ataupun ingin mencapai hasrat yang sememangnya sudah terpendam lama dalam diri. Hanya tunggu masa yang sesuai, segala-gala yang dirancang pastinya akan tercapai juga.
Di Indonesia, seorang remaja lelaki di Indonesia telah dicekup oleh pihak berkuasa negara terbabit, gara-gara telah membunuh bapa tirinya yang dikenali sebagai Johan Saputra yang berusia 49 tahun.
Remaja yang dikenali sebagai Jef itu nekad mengambil nyawa bapa tirinya itu lantaran tidak menerima sikap jijik mangsa yang dikatakan sering kali menganiaya ibunya. Lebih teruk, mangsa dikatakan sudah dua kali memperkosa adik kandungnya.
Kejadian ini dilaporkan telah berlaku pada hari Khamis (30/7/2020), yang menyaksikan bapa tirinya itu mati akibat ditikam oleh lelaki berusia 18 tahun berkenaan di i Desa Prabumulih II Kecamatan Muara Lakitan Kabupaten Musirawas.
Adik perempuannya itu telah diperkosa sebanyak dua kali di kediaman mereka. Sebelum kejadian meragut nyawa ini terjadi, ibu dan suspek sama-sama ke pejabat polis berdekatan untuk melaporkan kejadian yang menimpa anak perempuan mereka.
Namun, perjalanan mereka dihalang setelah suaminya itu menghidu perbuatan mereka dan serta merta menghalang mereka pergi ke pejabat polis.
Di media sosial, rakyat indonesia rata-ratanya menyokong tindakan remaja ini yang berani mempertahankan maruah keluarga mereka dari terus dijerut oleh manusia rakus.
Sumber: Tribun.

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit