Connect with us

Infozon

Mak Banting Tulang Cari Rezeki, Si Kecil Mampu Nenyak Di Bawah Meja Niaga

Tiada siapa yang mengimpikan untuk hidup dalam serba kekurangan, sehinggakan terpaksa meraih simpati ramai demi sesuap nasi. Lebih menyedihkan, anak-anak kecil juga terpaksa hidup dan berhadapan dengan keadaan sedemikin.

Di Twitter, pernyataan seorang lelaki telah membuka mata kebanyakan pengguna lain di laman tersebut perihal realiti yang berlaku dalam kehidupan bermasyarakat. Siapa sangka disebalik perniagaan dan jual beli yang dijalankan seseorang, pasti terselit kisah pahit yang tersendiri.

Perkongsiannya itu menjelaskan, terdapat sepasangan suami isteri yang gigih mencari rezeki dengan menggunakan food truck, dilihat terpaksa membawa anak kecil untuk dipantau bersama.

Gambar sekadar hiasan

Bahkan, penyataan tersebut turut diperakui oleh salah seorang pengguna laman tersebut dan perkara ini berlaku dihadapan matanya sendiri. Sekeping gambar juga turut dikongsikan sebagai tatapan dan realiti yang terpaksa dihadapi oleh sesetangah insan yang terpaksa berusaha untuk

Oleh itu, masyarakat disarankan untuk sentiasa menghulurkan bantuan agar dapat meringan beban yang ditanggung. Tetapi ingat, pertolongan tidak hanya datang dari bentuk wang ringgit!

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending