Connect with us

WTF

Main Ping Pong Pun Boleh Curang, Pemuda Sangkal PUBG Penyebab Lelaki Mendua

Isu siapa lebih ramai curang adalah salah satu topik yang sering menjadi perbualan hangat sejak dahulu kala lagi. Namun sehingga kini, jawapan tepat kepada persoalan tersebut masih lagi menjadi tanda tanya dan tergantung begitu sahaja.

Kini dilaporkan bahawa, ramai pasangan kekasih dan juga pasangan suami isteri mengalami masalah perhubungan kerana pasang dikatakan curang ketika bermain permainan di atas talian. Perkara ini sudah semestinya sering membelenggu para wanita yang memiliki pasangan yang gemar bermain game.

Perempuan di luar sana, jaga2 PUBG lebih merbahaya!

Di Twitter, seorang gadis memberi amaran kepada rakan sejantinanya agar lebih berhati-hati dengan permainan atas talian PUBG, yang dikatakan telah menyebabkan seorang lelaki curang lalu meninggalkan pasangannya yang sudah bercinta hampir 9 tahun.

Seorang perempuan dilaporkan telah ditinggalkan oleh bakal suamina setelah berkenalan seorang wanita lain yang dijumpai dalam permainan PUBG.

Pernyataan balas yang menarik perhatian ramai!

Tidak bersetuju dengan kenyataan gadis berkenaan, seorang pemuda membidas kembali dan mengatakan bahawa sikap serta keperibadi seseorang itu yang menyebabkan dirinya curang. Bahkan, permainan tersebut bukanlah punca utama.

Advertisement

Di ruangan komen, ramai yang sangat terhibur dengan penyataan bersahaja pemuda berkenaan. Kebanyakan mereka bersetuju bahawa, untuk berlaku curang adalah pilihan ditangan sendiri.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending