Connect with us

WTF

Mahu Wajah Seperti Filter IG, Lelaki Obses Sanggup Buat Pembedahan Ubah Muka

Pembedahan plastik adalah pembedahan khusus untuk pembinaan semula kecacatan muka dan badan akibat gangguan kelahiran, trauma, luka terbakar dan penyakit.

Bagaimanapun, ramai juga yang menjadikan pembedahan plastik sebagai cara untuk mengubah bentuk fizikal agar kelihatan lebih menarik, seperti kisah lelaki ini.

Baru-baru ini, seorang lelaki bernama Aneece Malik yang berasal dari Manchester, Amerika Syarikat sanggup membayar rawatan bernilai £130,000 (RM754,204) semata-mata untuk mendapatkan wajah serupa efek ‘filter’ di media sosial.

Ubah muka nampak macam guna ‘filter’ setiap masa

Memetik laporan Mirror, dia sering berasa tidak yakin dengan parasnya dan sering menggunakan filter setiap kali memuat naik foto atau video di laman Instagram.

“Saya mempunyai akaun TikTok dan Instagram, namun berasa benci untuk memuat naik gambar sendiri kerana tidak suka dengan rupa paras sebelum ini.
“Jadi, saya sering menggunakan fungsi tapisan kulit atau ’filter’ seperti ‘Pillow face’ dan ‘snatched’ di Instagram sebelum memuat naik video di TikTok.
“Saya kemudiannya terfikir untuk mempunyai wajah yang sama seperti filter supaya ia kekal dan tidak lagi perlu berselindung di sebalik kesan suntingan palsu,” ujarnya.

Wajah selepas pembedahan

Sehubungan itu, Aneece nekad menjalani pembedahan plastik untuk mendapatkan wajah baharu dengan melakukan prosedur cheek ‘filler’, botoks, venir, pembuangan bulu secara laser dan bilah mikro.

Tambahnya lagi, dia kini sangat obses dengan wajah baharunya kerana ia kelihatan sempurna.

Bukan itu sahaja, dia juga sanggup pergi ke klinik berbeza setiap bulan disebabkan ada segelintir perawat yang enggan melakukan banyak rawatan terhadap wajahnya.

Sumber: Mirror UK (Zoe Forsey)

 

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending