Inspirasi
Mahu Digelar ‘Warrior Hijrah’, Para Gelandangan KL Optimis Ubah Nasib

Semasa pendemik Covid-19 menular dalam negara tempoh hari, kerajaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengambil inisiatif mengumpulkan para gelandangan kota raya ke tempat yang lebih selamat bagi menghindari mereka dari wabak tersebut.
Susulan daripada itu, mereka telah ditawarkan pekerjaan dan perkara tersebut memberi sinar baharu buat mereka. Sebahagian daripada mereka telah mulai bekerja dan ada juga yang dihantar mengikuti kursus bagi menajamkan kemahiran kendiri.
Lakukan kerja amal
Susulan daripada itu, menerusi Twitter Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa, telah berkongsi perkembangan terkini para bekas gelandangan ini di akaun media sosialnya.
Dalam muat naik tersebut, beliau telah berkongsi aktiviti mereka yang sedang melakukan kerja kemasyarakatan dengan mengecat tembok jalan beramai-ramai.
Alhamdulillah…update WARRIOR HIJRAH (GELANDANGAN),Hari ini mula menjalankan kerja kerja luar Dan kemasyarakatan… pic.twitter.com/oAQZs4qt7e
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) June 27, 2020
mahu digelar warrior hijrah
Lebih menyeronokkan, ada sebahagian daripada mereka yang dihantar berkursus di Kuantan telah meminta untuk tidak dipanggil sebagai gelandangan lagi. Mereka mahu digelar ‘Warrior Hijrah’ bagi memberi semangat diatas penghijrahan mereka.
Bila saya ziarah gelandangan yg saya hantar "berkursus"Di Kuantan,sy gembira di beritahu yg mereka tak mau dipanggil gelandangan,TAPI MEMILIH GELARAN "WARRIOR HIJRAH"…!! pic.twitter.com/gO6BeL9PpL
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) June 23, 2020
Perkembangan tersebut begitu menggembirakan Menteri Wilayah kerana pendemik yang menular tempoh hari sedikit sebanyak memberi hikmah kepada para gelandangan kerana memberi mereka sinar harapan untuk memulakan hidup baharu.
Sumber: Annuar Musa

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit