Connect with us

WOW

‘Fasih’ Berbahasa Melayu & Maaf Dipertikai, Vivy Yusof Makin Jadi Bualan Hangat

Semalam, Vivy Yusof dilihat tampil merungkai keadaan dan isu tercetus yang melanda dirinya saat ini melalui akaun Instagram miliknya. Dia yang terlihat sebak turut berharap agar semua pihak pihak memahaminya dan menerima kenyataan yang dibuat itu.

Malah usahawan ternama ini juga mengambil kesempatan membuat permohonan maaf sekali lagi serta dia juga menyatakan tidak akan lagi mengulas hal ini dan menjadikan video tersebut sebagai yang terakhir dalam menerangkan apa yang berlaku.

Kenyataan balas Vivy Yusof jadi perbualan

Usai sahaja menyatakan permohonan maaf terbabit, Vivy Yusof sekali lagi menjadi perbualan dalam kalangan netizen. Sehinggakan, nama Vivy menjadi trending di laman Twitter ekoran kenyataan permohonan maaf yang dibuatnya semalam.

Video permohonan maaf Vivy Yusof…

Padangan orang ramai terhadap permohonan maaf!

Kenyataan maafnya malah dihurai dan dikupas satu persatu oleh orang ramai dan sudah semestinya ada lagi pihak yang masih tidak berpuas hati dengan permohonan maaf yang dibuat olehnya.

Malah kenyataan Vivy untuk menyaman pihak-pihak tertentu juga telah menimbulkan rasa tidak senang orang ramai.

“Saya tak rasa dia rasa bersalah…”

“Saya minta maaf tapi saya tak salah…”

“Vivy nak menyaman ke? Ingatkan nak minta maaf…”

“Oh boleh pula Vivy ni cakap bahasa Melayu…”

Sudah tentunya, kefasihan Vivy Yusof bertutur dalam bahasa melayu juga menjadi perkitaikan ramai dan rata-rata dilihat sangat terpegun dengan kefasihannya.

Semoga Vivy Yusof diberi kekuatan dan ketabahan yang tinggi untuk menghadapi ujian yang melanda dirinya ketika ini.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending