Connect with us

Inspirasi

Luluhkan Jiwa Ramai, ‘Acik’ OKU Rupanya Penderma Tetap Infaq Ramadhan Di Masjid

Semalam, tularnya di media sosial sebuah rakaman video yang memaparkan tindakan seorang anggota tentera memakaikan mask kepada seorang warga OKU yang berkerusi roda elektronik pergi membeli barangan dapur di pasar raya.

Lebih meruntun jiwa ramai, warga OKU yang dikenali sebagai makcik Noraini ini sering kali pergi membeli barang dapur dengan hanya bergerak kerusi elektronik kerana dia hanya hidup sebatang kara bersama kucing-kucingnya di rumah.

Ustaz Ebit Lew datang melawat!

Hari ini dapat dilihat, Ustaz Ebit Lew juga turut tersentuh dengan nasib OKU berkenaan dan pergi menemuinya sendiri bagi menghulurkan bantuan. Menurut perkongsian Ustaz Ebit Lew, makcik Noraini Wong merupakan seorang mualaf dan sangat gembira kerana berpeluang bertemu dengan dirinya.

Semoga kisah ini berpengajaran buat semua

Di Twitter, kisah makcik Noraini ini turut menjadi bualan dan ramai pihak berasa pilu dengan nasib yang menimpanya. Ekoran itu, terdapat sebuah kenyataan diruangan komen yang agak memeranjatkan dan membuka mata ramai pihak mengenai warga OKU ini

Menurut perkongsian kenalan terdekat makcik Noraini, pada setiap tahun warga OKU berkenaan tidak pernah gagal untuk menjadi penyumbang tetap infaq ramadhan di Masjid Jamek Al-Aminah Batu Caves.

Kebaikan yang dilakukan oleh warga OKU ini menjadi pujian dan sekali lagi telah mencetuskan perasaan sayu dalam diri orang ramai.

Walalupun, makcik Noraini bukanlah orang senang malah dikategorikan sebagai warga OKU, namun dia dapat membuktikan bahawa dirinya juga mampu menolong dan berbakti kepada orang lain dengan caranya yang tersendiri.

Sumber: Twitter.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement

Trending