Connect with us

Infozon

Lukis Wajah Perdana Menteri, Ibu Tamatkan Riwayat Sendiri Selitkan Nota Sayu

Melukis potret perdana menteri Thailand dan menulis ungkapan-ungkapan yang menjelaskan bahawa dia tidak lagi mampu mengurus keluarganya adalah tindakan terakhir seorang ibu muda yang bunuh diri pada 29 April 2020.

Pelukis amatur dan juga ibu muda yang berusia 20 tahun ini, dijumpai meninggal dunia dua hari lalu (Rabu), gara-gara tidak sanggup lagi menanggung beban dan menjaga anak kecilnya.

Gantung diri dirumah…

Menjadi bualan hangat apabila ibu muda yang dikenali sebagai Plaifon ini, meninggalkan sebuah nota bersama sekeping potrat berwajah Perdana Menteri Thailand sebagai hasil tangannya yang terakhir.

Tertekan dengan krisis kewangan melanda negara

Punca tindakannya itu dikenal pasti disebabkan oleh kemerosotan kewangan setelah krisis COVID-19 yang sedang dihadapi oleh negara tersebut. Menurut adik Plaifon, Jirasin Amsarika, dia telah bekerja di Bangkok untuk menampung hidupnya dan pernah menyatakan hasrat untuk meminjam wang demi membeli susu untuk anaknya.

Terjemahan nota yang ditinggalkan…

Dimaklumkan, Plaifon berpisah dengan suaminya kerana dia telah terjerat dengan keganasan rumah tangga. Kemudiannya, dia berkenalan dengan teman lelakinya dan mereka berdua bekerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat yang sama di Bangkok.

 

Sumber: Twitter, Coconut Bangkok.

Continue Reading
Advertisement

Trending