Connect with us

Inspirasi

Lukis Semula Tugasan Cikgu Bagi, Tiada ‘Printer’ Bukan Alasan Tak Buat ‘Homework’!

PKP bukanlah alasan utama untuk pelajar dan juga para pengajar bersenang lenang di rumah disebabkan penutupan sekolah pada jangka waktu yang agak panjang. Disebabkan itu, pembelajara atas talian telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran agar pelajar-pelajar sekolah tidak lagi ketinggalan silibus pembelajaran begitu sahaja.

Namun, tidak semua keluarga pelajar pada zaman ini masih mampu untuk menyediakan kemudahan internet untuk anak-anak mereka menyertai kelas menerusi atas talian. Kekangan ini menyebabkan sesetangah pelajar tidak mampu

Rumah takde printer, family siap tolong lukis sekali!

Di Facebook, ramai yang tertarik mengenai cerita seorang murid sekolah rendah yang gigih menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh gurunya walaupun terdapat kekangan mendatang.

Murid tersebut dipuju kerana sanggup melukis semula tugasan yang diberikan kerana rumahnya tiada printer. Lebih mengagumkan, budak lelaki ini dibantu oleh ahli keluarganya.

Pelajar yang dikenali sebagai Zuhair  dikatakan mempunyai azam yang tinggi untuk berjaya walaupun datang daripada keluarga yang serba kekurangan tetapi sifat kasih sayang antara keluarga sangat utuh.

Hasil tangan adik Zuhair & keluarga…

Sifat seperti ini sewajarnya diamalkan oleh para pelajar dan keluarga untuk memastikan anak-anak tetap mencapai kejayaan walaupun datang daripada latar belakang yang serba kekurangan.

Sumber: Facebook. 

Continue Reading
Advertisement

Trending