Connect with us

Infozon

Lubnan Terus Menangis, Jumlah Kematian Bertambah Kepada 100

Kira-kira tengah malam Selasa waktu Malaysia, berlaku kebakaran diikuti letupan dahsyat di sebuah gudang di pelabuhan di ibu negara Lubnan, Beirut, dipercayai tempat bahan letupan disimpan.

Letupan itu mencetuskan kemusnahan di seluruh bandar dan menyebabkan sekurang-kurangnya 70 orang maut dan lebih 3,000 orang cedera.

Jumlah kematian bertambah

Bagaimana pun, Ketua Setiausaha Palang Merah Lubnan pada Rabu berkata mangsa letupan di Pelabuhan Beirut pada Selasa meningkat kepada 100 orang dan lebih 4,000 lagi cedera, lapor Agensi Anadolu.

Masih ada lagi terperangkap bawah runtuhan

Dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen Lubnan, LBC, George Kettaneh berkata hospital-hospital Beirut tidak lagi mampu menampung jumlah korban yang semakin meningkat.

Beliau menambah jumlah korban meningkat kepada 100 dan lebih 4,000 cedera, dengan sebahagiannya  masih berada di bawah runtuhan.

Sumber : Bernama

Continue Reading
Advertisement

Trending