Connect with us

Infozon

“Luas beting pasir macam 5 padang bola. Ambil lah gambar puas-puas…” – Lelaki Ini Kongsi ‘Moment’ ke Pulau Misteri di Kuala Selangor

Seringkali kita mendengar pulau-pulau menarik seperti Pulau Tioman, Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Namun tidak dinafikan terdapat juga pulau yang jarang diterokai oleh pengunjung luar dan tempatan.

Berikut adalah perkongsian seorang pengguna Facebook yang memuat naik gambar-gambar ketika trip ke pulau misteri atau lebih dikenali dengan nama ‘Salar De Uyuni Malaysia’ baru-baru ini.

HALF-DAY TRIP KE ‘PULAU MISTERI’.

1. Jeti Pekan Lama Kuala Selangor terletak lebih kurang 50km dari Shah Alam. Bergerak dari Shah Alam jam 7.00 pagi dan tiba di jeti jam 8.00 pagi.

2. Setelah sampai, menunggu giliran dipanggil. Pengunjung akan diagihkan mengikut bot dan 2 person incharge untuk setiap bot. Seorang driver dan seorang lagi tour guide merangkap photographer nanti.

3. Satu bot boleh muat 11 dewasa dan 6 orang kanak-kanak. Sangat selesa dan tidak terlalu pack.

4. Ia kira-kira 40 minit dari Jeti Pekan Lama Kuala Selangor menggunakan bot laju. Bagi mereka yang mabuk laut atau mabuk bot disarankan ambil ubat untuk mengelakkan dari mabuk.

5. Diberi gelaran Salar De Uyuni Malaysia. Pada asalnya pulau misteri ini ditemui oleh penduduk tempatan tapi kini menjadi tarikan pelancong kepada peminat photografi.

6. Kawasan beting pasir berdekatan pulau misteri ini viral kepada pelancong dalam dan luar negara mengenai keunikan fenomena Salar De Uyuni iaitu pantulan imej seakan-akan sepertimana di negara Bolivia.

7. Difahamkan hanya boleh ke sana pada 1 dan 15 bulan lunar, dan 4 hari sebelum dan selepas tarikh, di mana paras laut rendah.

8. Pergi dan balik akan naik bot yang sama. Bot akan tunggu kawasan berhampiran semasa kita berada di kawasan beting pasir tu.

9. Setiap hari hanya ada 2 kali sahaja trip ke sana iaitu ketika air laut surut. Dan masa yang ada untuk setiap sesi adaah hanya lebih kurang 4 jam.

10. Di sana diberi masa lebih kurang 1 jam hingga 1 jam 30 minit untuk ambik gambar dan apa-apa aktiviti.

11. Luas beting pasir tersebut kira-kira luasnya 5 padang bola. Ambillah gambar sepuas-puasnya. Jangan sia-siakan masa yang ada.

12. Disarankan pakai pakaian yang takde masalah jika basah. Dan semestinya smart dan lawan untuk bergambar di sana. Elakkan pakai pakaian warna gelap, tidak sesuai untuk gambar mirror effect.

13. Harga pakej termasuk gambar (Pakej boleh refer gambar). Kat sana tour guide akan tolong jadi photographer yang tolong ambikkan gambar special mirror effect tu. Diorang memang expert dah. Jangan risau. Gambar mesti akan lawa.

14. Anda juga boleh bawa prop sendiri seperti payung, bunga, plate tulisan selain menggunakan prop yang diberi. Jika cuaca cantik anda akan dapat gambar yang superb perfect. (Refer gambar)

15. Bila cuaca dah mula panas, matahari mula tegak atas kepala. Itu petanda dah boleh beransur balik. Memang bahang terasa sebab kat beting pasir kan? Mana ada pokok atau tempat berteduh.

16. Bergerak pulang ke jeti sekitar jam 10.30 pagi. Diorang ada bekalkan air mineral dan nasi lemak untuk alas perut sekiranya ada yang lapar.

17. Gambar-gambar special mirror effect tadi boleh mintak salinan di kaunter menggunakan pendrive ataupun melalui emel.

18. Lepas tu bolehlah ke restoran seafood berdekatan. Boleh tanya orang kat sana restoran mana yang paling sedap dan murah. Makan beramai-ramai memang seronok.

Sumber : Aufirhan Rosland

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending