Connect with us

WOW

Luar Biasa! Nenek 96 Tahun Bebas Covid-19 Selepas Enam Hari Di Hospital

Jangkitan wabak koronavirus boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira umur, pangkat, darjat atau keturunan namun penyakit ini boleh disembuhkan dengan menjalani rawatan yang disarankan oleh doktor.

Seorang pesakit positif yang berusia 96 tahun berjaya melawan wabak membawa maut itu. Ia merupakan satu keajaiban dimana ahli keluarganya juga tidak percaya bahawa dia mampu melawan virus tersebut.

Anita Hernandez keluar dari hospital Denver, Coloardo pada hari Isnin lalu setelah berjaya sembuh dari wabak berkenaan dimana ia mampu untuk membunuh 13.4% pesakit yang berusia 80 tahun ke atas.

Menurut kajian, Hernandez ditahan di hospital selama enam hari setelah jatuh sakit pada 18 Mac. Dua hari selepas itu, ahli keluarganya membawa dia ke Hospital Porter Adventist kerana berfikir bahawa dia terkena strok.

Selepas membuat ujian, Hernandez mendapat tahu bahawa dia dijangkiti Covid-19 serta radang paru-paru yang merupakan jangkitan pernafasan disebabkan virus tersebut.

Virus ini lebih cenderung ‘membunuh’ warga emas atau sesiapa yang mempunyai sistem imun lemah. Hernandez  dipakaikan alat bantuan pernafasan dan dikuarantin di hospital.

Mengimbau kembali situasi, saudaranya sudah bersedia menerima sekiranya perkara buruk berlaku dan anak perempuan Hernandez berfikir bahawa mereka akan kehilangan nenek tersebut.

Sumber: Metro

Continue Reading
Advertisement

Trending