Connect with us

Inspirasi

Luahkan Rindu, Netizen Sebak Wanita Kongsi Rakaman Sweet Bersama Arwah Suami

Nasib baik ada teknologi canggih sekarang seperti telefon pintar yang membolehkan penggunanya merakam saat-saat manis bersama.

Tapi siapa tahu rakaman dan gambar yang pernah diambil bakal menjadi pengubat rindu suatu hari nanti.

“Malu sangat abang, kena interview dengan wife

sendiri”

Seorang wanita sempat merakam termubual yang dibuat bersama suaminya di pusat vaksin ketika dia sedang bertugas.

Momen indah yang dimuatnaik di akaun TikToknya itu bagaimanapun hanyalah untuk mengimbau kembali kenangan bersama suaminya yang telah meninggal dunia.

https://www.tiktok.com/@imanalya/video/6997330187583081730?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6994278166303131138

Advertisement

“Rindu, tak tau nak luahkan macam mana”

Bagi mengelakkan timbulnya salah faham daripada pelbagai pihak, wanita tersebut menjelaskan suaminya terlibat dalam kemalangan motor dan kematian lelaki itu tidak ada kena mengena dengan pengambilan vaksin.

Membalas komen dari pengguna aplikasi tersebut, wanita itu menyatakan bahawa dia sudah redha dengan pemergian suaminya, namun memilih untuk memuatnaik video kerana mahu meluahkan rasa rindunya.

“Stay strong sis”

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, netizen turut meluahkan rasa simpati kepada wanita itu selain mendoakan suaminya itu.

Video yang telah dimuatnaik semalam mula tular dan mendapat sebanyak 1.1 juta tontonan serta 63.5 ribu likes setakat ini.

Sumber: TikTok @imanalya

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending