Connect with us

Inspirasi

Luahan Rindu Buat Keluarga, ‘Frontliner’ Tulis Nota Cinta Di Sut PPE

Sedang kita mengeluh kerana tidak dapat keluar berjalan-jalan dan melakukan aktiviti harian disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), barisan frontliner pula sedang berjuang melawan virus Covid-19 ini dengan sedaya upaya mereka.

Berbakti demi kesejahteraan negara, mereka dengan rela hati menyarung sut khas yang dikenali sebagai PPE bagi melindung diri dari ancaman wabak tersebut menular kedalam diri mereka.

Luahan sayu frontliner

Nota-nota kecil yang begitu menyentuh hati telah ditulis di PPE mencerminkan betapa mereka merindui keluarga di rumah kerana mereka sendiri takut untuk balik berjumpa insan tersayang berikutan enggan menjadi agen penyebaran Covid-19.

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Azlan Pin yang bertugas sebagai anggota bomba menyembur sanitizer di kawasan-kawasan berisiko.

Rindu keluarga

Dalam perkongsian gambar tersebut, gambar-gambar yang disertakan terasa menyentuh hati berikutan terdapat nota ringkas di belakang PPE yang di pakai frontliner.

Advertisement

Kapsyen yang ditulis juga memaklumkan bahawa mereka tidak diizinkan untuk pulang ke rumah kerana bimbang akan menularkan wabak maut itu kepada ahli keluarga.

Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia perlulah mematuhi PKP ini kerana ramai yang merindui keluarga dirumah dan berharap agar Covid-19 ini lekas tamat berikutan ingin bertemu insan tersayang.

Sumber : Azlan Pin

 

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending