Connect with us

WTF

Lori Gardenia Dilarikan, Pencuri Tinggalkan Lori & Roti Dalam Keadaan Selamat

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan, pengeluar roti terbesar di Malaysia iaitu Gardenia memaklumkan bahawa pihak mereka telah memaksimumkan pengeluarkan roti dan tidak akan menambah pengeluarkan berdasarkan permintaan.

Susulan berita tersebut, ramai yang berpusu-pusu untuk membeli roti Gardenia malah stok roti tersebut sering kehabisan di kedai dan pasaraya lantaran pemintaan yang banyak.

Lori Roti Gardenia Dicuri

Semalam, sebuah lori Gardenia telah dilarikan pencuri yang mencuri lori yang membawa stok roti Gardenia.

Video kejadian tersebut telah dimuat naik di beberapa laman sosial sehingga tular. Laporan kejadian tersebut telah dimuat naik oleh pemandu lori tersebut di Facebook yang meminta bantuan daripada orang awam untuk menjejaki lori tersebut.

 

Baru Ingin Hantar Roti Ke 15 Buah Kedai!

Susulan itu, pihak Gardenia telah membuat laporan polis terhadap kejadian tersebut. Difahamkan lori tersebut sedang dalam perjalanan untuk membuat penghantaran ke 15 buah kedai.

Walau bagaimanapun, lori Gardenia tersebut telah dikenalpasti baru sahaja melepasi tol karak.

Lori Jumpa & Roti Masih Dalam Keadaan Baik!

Menerusi satu muat naik di YouTube, lori tersebut telah selamat dijumpai di hadapan Masjid Kijal, Terengganu.

Walau bagaimanapun, lori tersebut dijumpai dalam keadaan selamat dengan bekalan roti yang masih dalam keadaan baik.

Lori dah jumpa!

Sumber : Muhammad Khairi, YouTube

Continue Reading
Advertisement

Trending