Infozon
Letak Bikarbonate Soda Dalam Air Kencing Boleh Tahu Jantina Kandungan Anda Serta-Merta?

Saya menerima kiriman dari seseorang bertanyakan tentang macam mana nak tahu jantina anak dalam kandungan .
Mengandung sulung, terujanya bukan main.
Jawapan yang saya beri amat mudah ‘ Jumpa doktor, nanti doktor check melalui imbasan ultrasound’.
Kemudian dia bertanya ‘boleh ke kalau nak tau jantina melalui pemeriksaan air kencing? ‘
Bila saya selidik punya selidik, rupanya page sampah yang buat hal lagi!
Kali ni di suruhnya mak mak buat petua campur air kencing dengan soda bicarbonate.
Ya! Soda bicarbonate yang guna untuk buat kek tu la…
Tepuk dahi saya!
https://www.youtube.com/watch?v=fUZgm7wRh7s
Saya tak tahu nak menangis atau murung. Ada ke air kencing dengan soda bicarbonate yang guna buat kuih tu disuruh campur?
Kalau berbuih = boy
Kalau tak berbuih = girl
Biarlah saya jelaskan asas sains ini pada semua . Sebelum saya ulas lanjut , kita kena faham apa itu alkali dan apa itu asid.
- Asid sifatnya masam
- Alkali sifatnya pahit
- Terlalu berasid tidak bagus.
- Terlalu alkali tidak bagus .
Badan kita memang Tuhan dah jadikan sentiasa dalam keadaan yang seimbang tahap asid dan alkalinya. Apa apa jua yang terlebih atau terkurang, organ kita akan berkerja untuk sentiasa memastikan ianya berada dalam keadaan yang optimum.
- Kita makan banyak benda bersifat asid , kencing kita akan makin berasid.
- Kita banyak makan benda alkali, kencing kita bersifat alkali.
Secara umumnya:
- Kencing kita kebiasaannya bersifat sedikit asid
- Soda bicarbonate pula bersifat alkali
Apabila asid dicampurkan dengan alkali, maka proses peneutralan akan berlaku. Bergantung pada bahan yang dicampur, proses ini mungkin menghasilan gas, haba dan juga garam.
Kalau anda tak percaya cakap saya, anda boleh ambil cuka dan campurkan soda bicarbonate. Buatlah eksperimen ini di rumah.
Lepas buat eksperimen, pastikan tahyul campur air kencing dengan soda bicarbonate untuk tahu jantina bayi di buang dalam tong sampah jauh jauh!
Saya sertakan gambar ehsan google untuk tengok jantina bayi melaui imbasan ultrasound ye!
Sumber : Dr Nur Ilyani Bujang

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi12 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit