WOW
Lepas Rindu, Kucing Disatukan Kembali Dengan Pemilik Selepas Hilang 3 Tahun

Kucing adalah antara haiwan yang diminati ramai kerana sifatnya yang mudah jinak dan manja terhadap manusia. Bagi pencinta si comel itu, pasti berasa kehilangan sekiranya kucing mereka tiba-tiba menghilang entah ke mana.
Begitulah terjadi kepada seorang wanita di Singapura apabila kucingnya hilang selama tiga tahun. Menerusi laporan Must Share News, pada hari kejadian kucing jantan itu berada Jurong West namun entah bagaimana dia berjalan ke seberang laut sehingga ditemui di Simei.
Penemuan kucing dan tuannya bermula apabila seorang pengguna di Facebook bernama Raine Lim memuat naik posting mengenai seekor haiwan tersebut yang kelihatan tidak bertuan dan kotor.
Kuku yang panjang & tidak terurus
Menerusi perkongsian di group FB Strays of Simei, Raine memberitahu dia terjumpa seekor kucing yang kelihatan begitu kotor selain kuku panjang serta dikatakan telah dijangkiti kuman kerana tidak diurus dengan baik.
‘Owner’ jumpa kucing balik
Walau bagaimanapun setelah beberapa hari posting itu tular, seorang wanita telah menghubungi Raine dan memberitahu kucing itu miliknya yang telah hilang sejak tiga tahun lalu.
Menerusi gambar yang diberikan, Raine berkata hampir 90% wajah kucing wanita tersebut sama dengan kucing yang ditemui di kawasan perumahan itu.
Kucing comel diberi nama Manis itu pulang ke pangkuan pemilik selepas hilang pada 2018 ketika sedang melakukan pengubahsuaian rumah.
Pertemuan tersebut sangat bermakna buat tuannya kerana Manis sudah dianggap seperti keluarga sendiri, dan bagi pencinta kucing mereka pasti faham kehilangan seekor haiwan kesayangan amatlah berat sekali.
Sumber: Must Share News & Facebook Raine Lim

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon12 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit