Connect with us

WOW

Lepas Muslim & Kristian berkumpul Memohon Doa, Hujan Akhirnya Turun Di Australia

Perit rasanya melihat foto-foto sekitar kebakaran hutan yang berlaku di Australia, memaparkan betapa takutnya haiwan-haiwan yang mempunyai habitat disitu terpaksa berhadapan risiko maut.

Simpati dengan bencana yang sedang berlaku di Australia, penduduk di sana tidak mengira bangsa atau agama, berkumpul bersama berdoa dan memohon agar kebarakan dapat reda.

Hujan basahi bumi Australia…

Berkat doa, baru-baru ini satu berita gembira menerusi satu muat naik di Twitter memaklumkan bahawa hujan sudah mula turun membasahi bumi Australia.

Video yang berdurasi 34 saat,  dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter telah mendapat 73 ribu retweet dan 259 ribu tanda suka. Rata-rata warganet berharap, berkat hujan tersebut dapat meredakan kebarakan yang berlaku.

480 juta haiwan mati…

Kebakaran yang berlaku di hutan Australia setakat ini telah menyebabkan kemusnahan yang besar, dan membawa kepada kematian 480 juta haiwan daripada pelbagai spesies.

Menurut, Profesor Sains Bumi, Atmosfera, dan Alam Sekitar Universiti Monash, Neville Nicholls, memaklumkan bahawa sejak kebakara melanda pada tahun lepas, Australia menjadi negara paling kering.

Diharapkan, kesemua pihak termasuk pasukan keselamatan dan juga orang awam terus kuat, untuk menyelamatkan haiwan-haiwan yang masih terperangkap dalam kebakaran.

Sumber : English News

Continue Reading
Advertisement

Trending