Infozon
Lepas Kota Mekah Lengang, Kini Masjid Al-Aqsa Juga Ditutup

Selepas kerajaan Arab Saudi mengistyharkan agar sebarang ibadah umrah ditangguhkan buat masa terekat ekoran wabak Covid-19, Kota Suci itu dilihat lengang dan tidak seceria selalu.
Langkah tersebut diambil sebagai satu cara menbendung wabak Covid-19 daripada terus menular.
Langkah elak Covid-19 menular
Selain daripada Kota Suci Mekah dan Madinah yang agak lengang, masjid Al-Aqsa yang terletak di Palestin juga telah ditutup daripada sebarang perkumpulan atau perhimpunan bagi mengelakkan wabak itu merebak.
Ruangan solat dalam masjid ditutup
Menerusi Harian Metro, pengarah al-Aqsa sendiri telah menyatakan hal tersebut dan memberitahu bahawa ruang solat di dalam masjid kubah emas itu ditutup buat sementara waktu.
“Jabatan Waqf Islamik membuat keputusan untuk menutup ruang solat dalam masjid ini sehingga diberitahu kelak.”
Boleh beribadah di ruangan terbuka masjid
Walau bagaimanapun, para pengunjung masih boleh bersolat di ruangan terbuka masjid dan tiada halangan untuk beribadah disitu.
Langkah yang diambil oleh pihak Masjid Al-Aqsa ini adalah satu daripada langkah mengawal penularan wabak Covid-19 daripada terus merebak.
Setakat ini, belum ada sebarang kes positif Covid-19 dari Palestin, namun Israel telah menutup pintu masuk dan keluar ke bandar Bethlehem di Palestin ekoran kebimbangan penularan wabak Covid-19 ini.
Sumber : Harian Metro, The Malaysian Insight

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit