Connect with us

Inspirasi

Lepas Intai Kawan2 Dari Luar Kelas, Budak Perempuan Dipilih Masuk Sekolah

Pilu hati melihat sekeping gambar seorang kanak-kanak perempuan dipercayai kelaparan memegang bekas kosong sambil mengintai ke dalam sebuah kelas dipenuhi murid yang sedang makan tengahari.

Kanak-kanak bernama Divya itu menjadi terkenal di kawasan setinggan rumahnya di bandar selatan Hyderabad, India setelah gambar tersebut diterbitkan menerusi akhbar Telugu pada 7 November lalu dengan kapsyen ‘renungan lapar’.

Hero yang baik hati !

Kanak- kanak berusia lima tahun itu merupakan anak kepada pemungut dan penyapu sampah tinggal di sekitar kawasan tersebut telah berjaya menarik perhatian Venkat Reddy yang merupakan Pengurus Kebangsaan di MV Foundation iaitu sebuah NGO.

Reddy dan organisasi berkenaan serta para sukarelawan telah berjaya membantu Divya yang kini diterima masuk ke sekolah untuk mendapat pendidikan secukupnya.

Menurut Reddy, Divya berasa amat gembira dan gembira kerana dapat bersekolah bersama rakan sebaya dan menikmati makanan enak.

Mohon makanan percuma

Semangat untuk ke sekolah

Pemeriksa sekolah tempatan, SU Shivram Prasad berharap gambar Divya akan mendapat perhatian dan akan mempercepatkan proses pembukaan lebih pusat jagaan dan pendidikan bagi kanak-kanak tidak bernasib baik.

Para guru juga mengharap ‘berkat’ daripada gambar Divya untuk menambah baik kemudahan di sekolah terbabit berikutan ia berdepan kekurangan staf dan peralatan mengajar.

Sumber : Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement

Trending