WTF
Lepas Ibu Meninggal, 4 Beradik Yatim Piatu Setelah Ayah Pula Jadi Korban Covid-19

Sayu buat empat beradik apabila ditinggalkan sebagai yatim piatu setelah ayah mereka meninggal dunia akibat Covid-19, setelah kehilangan ibu lima tahun lalu akibat barah.
Bapa mereka, Miguel Plangca, 55, berpindah dari Ozamis di Filipina, ke Ireland untuk bekerja sekitar 25 tahun yang lalu. Miguel mengusahakan barisan pembungkusan di kilang Bird’s Eye di Naas, Co Kildare untuk menyara keluarganya.
Tragisnya, minggu lalu Miguel menjadi salah satu daripada 1,561 orang negara itu yang telah meninggal dunia enam minggu setelah dijangkiti Covid-19.
4 beradik yatim piatu akibat Covid-19
Dia meninggalkan anak-anaknya Mikee, 21, Michael, 19, John, 14, dan Chekie yang berusia 12 tahun.
Mikee yang masih bersedih, memberitahu tentang kehilangan tragis keluarga itu dan mengatakan bahawa mereka ingin tinggal di Ireland tetapi masa depan tidak dapat dipastikan.
“Ayah telah sakit selama kira-kira satu minggu di rumah, dengan batuk dan apa yang dia fikirkan selsema dan kemudian dia berakhir di ICU…”
“Dia menghabiskan 41 hari di sana sebelum meninggal dunia. Sangat sukar bagi kami untuk mengambil semuanya pada saat ini.
“Saya sedang mengharapkan perhatian kepada saudara dan saudari buat masa ini., Kami tidak tahu apa yang akan berlaku…”
Ayah banyak berkorban lepas ibu tiada
Sebelum empat beradik itu tiba di Ireland, satu-satunya hubungan dengan ayah mereka adalah melalui panggilan video dan lawatan dua kali setahun.
Jelas Mikee, ayahnya telah begitu banyak berkorban untuk dia dan adik beradiknya, kini selepas pemergian ayah, dia dan adik beradik kini sudah hilang tunjang utama dalam keluarga.
Sumber : Mirror UK

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit