WTF
Lepas Gaduh Atas Motor, Gadis Hampir Terduduk Ditinggalkan BF Di Tepi Jalan

Dalam hubungan percintaan, pergaduhan dan perselisihan faham merupakan perkara yang biasa berlaku antara pasangan masing-masing.
Setiap pertelingkahan tersebut haruslah diselesaikan dengan cara yang matang supaya kedua belah pihak tidak bermasam muka terlalu lama.
Namun sebaliknya pula berlaku terhadap seorang gadis dari Indonesia ini, apabila dia mengalami kejadian menyedihkan sehingga videonya menjadi tular di aplikasi TikTok.
Pasangan kekasih tiba-tiba memberhentikan motor di tepi jalan
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @danugse, sepasang ‘couple’ dilihat memberhentikan motor yang dinaiki di tepi jalan secara tiba-tiba.
https://www.tiktok.com/@danugse/video/6966124340349848834?referer_url=https%3A%2F%2Fkisahdunia.com%2F&referer_video_id=6966124340349848834&refer=embed&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6953082593093699073
Siapa sangka, rupa-rupanya pasangan berkenaan dipercayai sedang bergaduh sebelum si lelaki menyuruh teman wanitanya turun dari motor.
BF suruh turun, tinggalkan gadis tepi jalan
Lebih mengejutkan lagi apabila lelaki itu terus berlalu pergi, tergamak meninggalkan gadis itu berseorangan dalam keadaan terpinga-pinga di tepi jalan.
Akibat terkejut dan terlalu sedih diperlakukan sebegitu, gadis itu dilihat hampir terduduk di atas jalan.
https://www.tiktok.com/@danugse/video/6966168355275312385?referer_url=https%3A%2F%2Fkisahdunia.com%2F&referer_video_id=6966124340349848834&refer=embed&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6953082593093699073
Kenapa ada lelaki sejahat itu
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa sedih tatkala menonton video berkenaan. Malah, mereka turut memberi reaksi marah melihat lelaki itu melayan teman wanitanya seburuk itu.
Kalau ya pun, hantarlah sampai depan rumah
Takut apa2 jadi kat perempuan tu
Tinggalkan & cari lelaki yang menghargai
Tak layak jadi pasangan hidup
Wanita perlu dilindungi
Sumber: TikTok @danugse

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit