Connect with us

Cute

Leon Si Kucing Terbiar, Dilantik Sebagai Penyambut Tetamu Di Firma Undang-Undang

Haiwan jalanan terutamanya kucing pastinya akan selalu disisihkan oleh sesetengah orang. Bagi mindset mereka, haiwan jalanan adalah sangat kotor dan jijik kerana tidak terjaga serta berpenyakit.

Tetapi, lain pula nasib yang menimpa seekor kucing jalanan yang bernama Leon. Nasib kucing ini serta merta berubah setelah dikutip dan dilantik sebagai pekerja di sebuah Firma Undang-Undang Brazil.

Tak senang dengan kehadiran Leon!

Pada mulanya, Leon dikatakan mencari tempat teduh dan masuk ke bangunan Order of Attorneys Brazil untuk berlindung dari ribut. Malangnya kehadiriannya dimeja menyambut tetamu tidak disenangi oleh orang awam.

Lantik Leon sebagai pekerja!

Presiden OAB telah memutuskan untuk melantik dan memberikannya pekerjaan supaya dapat menetap disitu untuk menggelakkan lagi sebarang aduan dibuat. Dia kini secara rasminya, telah ditugaskan sebagai penyambut tetamu.

Siap ada uniform dan kad pekerja!

Leon kini digelar sebagai Dr.Leon oleh rakan sekerjanya. Leon juga kini merupakan peguam dan wakil kepada haiwan-haiwan diluar sana menerusi laman Instagram.

 

Tekun jalankan tugas…

ID kad sentiasa pada kolar leher

Kejadian yang menimpa Leon ini adalah salah satu contoh kes yang terjadi pada sesetengah haiwan diluar sana. Sering kali juga terjadi, dimana haiwan-haiwan telah diambil dan terlibat dalam dunia pekerjaan yang pelbagai bidang.

Sumber: Bored Panda.

 

Continue Reading
Advertisement

Trending